Ketua setiausaha kementerian, ketua pengarah agensi kerajaan diarah batal cuti
Ketua setiausaha kementerian, ketua pengarah agensi kerajaan diarah batal cuti
Semua ketua setiausaha kementerian dan ketua pengarah jabatan atau agensi kerajaan diarah membatalkan cuti masing-masing berkuat kuasa serta merta.
Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd. Zuki Ali berkata, ia susulan pengumuman Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang mengarahkan sedemikian kepada anggota Kabinet dan semua menteri yang sedang bercuti di luar negara pulang segera.
“Ini bagi membolehkan semua agensi kerajaan menggembleng tenaga dalam memastikan kesiapsiagaan seluruh jentera kerajaan untuk mengharungi keadaan semasa negara demi Keluarga Malaysia keseluruhannya,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Terdahulu, Perdana Menteri mahu kesemua ahli Kabinet sentiasa bersama rakyat yang sedang menghadapi bencana banjir pada waktu ini.
“Saya sudah arahkan semua menteri yang rancang percutian masing-masing untuk batalkan percutian mereka, mereka yang berada di luar negara yang boleh balik, balik segera.
“Supaya kita boleh bersama rakyat yang sedang kesusahan ini,” katanya.
Bencana banjir yang berlaku memusnahkan bandar-bandar utama termasuk Shah Alam, Klang, dan Hulu Langat serta beberapa negeri lain telah mengakibatkan jumlah kematian mencecah 40 orang.
Pemimpin politik Persekutuan dan negeri dikecam masyarakat kerana didakwa gagal menggerakkan usaha pemindahan dengan lebih awal. Utusan
Ketua setiausaha kementerian, ketua pengarah agensi kerajaan diarah batal cuti
Baca Artikel Menarik :
- Elak Tanggung Rugi Ratusan Ribu Dan Kereta Baru, Lelaki Ini Sanggup Ke China Beli Plastik Pelindung
- Amelia tak suka kongsi
- Sesi Persekolahan Penggal 3 Ditangguh Seminggu – Menteri KPM
- Enam tahun sekatil baru sedar isteri bekas ibu tiri
- Kejutan buat kekasih bertukar drama air mata
- Puteri Balqis mengaku ibunya bertatu
- Senariounion tanpa Lan Pet Pet, ini sebabnya
- Pertahan tentera: Shahrol bidas Harith Iskander
- Amaran Prof. Shahrul Shauqi palsu – Meteorologi
- Lelaki psikik dakwa ramal kejadian besar 2022
Layari Laman Facebook MYKMU</a
Kalau dahulu PH tak batalkan Projek Canal City masalah banjir di Selangor sudah selesai
Puteri Balqis Jawab Persoalan Peminat Mengenai Isu ‘Muslim Gay’
You must be logged in to post a comment.