“Kami akan berdoa Allah akhirkan bencana ini…” -Kamal, Uqasha tunai umrah

“Kami akan berdoa Allah akhirkan bencana ini…” -Kamal, Uqasha tunai umrah

Pasangan selebriti, Kamal Adli dan Uqasha Senrose selamat berangkat ke Tanah Suci bagi menunaikan ibadah umrah, semalam.

Menerusi entri Instagram, Kamal memaklumkan perkara tersebut menerusi satu hantaran video bersama isteri tercintanya di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).



Dalam pada itu, pelakon drama Setelah Terlafaznya Akad itu sempat memohon maaf kepada orang ramai andai terdapat salah dan silap yang dilakukan selama ini.

“Kalau kami ada salah dan silap, maafkan kesalahan kami berdua. Doakan kami mendapat umrah yang mabrurah. Maafkan kami semua.

“Salam takziah untuk mangsa-mangsa banjir. Kami akan doakan Allah akhirkan bencana ini, InsyaAllah. Salam semua. Terima kasih untuk ucapan perkahwinan kami,” katanya di Instagram.

Dalam video tersebut juga, Uqasha memaklumkan dia dan suami akan melakukan solat hajat bagi mangsa banjir di negara ini.



“Kami akan ke sana juga untuk menunaikan solat hajat buat mangsa-mangsa banjir yang kini sedang menghadapi musibah,” ujarnya.

Menjengah di ruangan komen, rata-rata warganet menitipkan doa buat pasangan dua sejoli itu agar dipermudahkan segala urusan di sana sekali gus mendapat umrah yang mabrurah.

“Selamat mengerjakan ibadah umrah buat Kamal dan Uqasha. Semoga mendapat umrah yang mabrur dan dipermudahkan segala urusan. Amin,” komen seorang warganet.

“Semoga dipermudahkan segala urusan. Doakan Malaysia dan mangsa-mangsa banjir supaya tabah dan kuat untuk hadapi ujian Allah,” komen juga seorang warganet.



Sekadar informasi, pasangan berkenaan akhirnya mengumumkan sudah sah bergelar suami isteri pada tanggal 5 November lalu, selepas sebulan berteka-teki mengenai status perkahwinan mereka. Utusan

“Kami akan berdoa Allah akhirkan bencana ini…” -Kamal, Uqasha tunai umrah


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU</a




Kalau dahulu PH tak batalkan Projek Canal City masalah banjir di Selangor sudah selesai

Puteri Balqis Jawab Persoalan Peminat Mengenai Isu ‘Muslim Gay’



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker