Waris mangsa banjir terima RM10,000 – PM

Waris mangsa banjir terima RM10,000 – PM

Kerajaan akan menyalurkan sumbangan RM10,000 kepada waris mangsa banjir yang meninggal dunia di bawah Bantuan Wang Ihsan.

Memaklumkan perkara itu, Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, jumlah tersebut dinaikkan daripada pengumuman sebelum ini yang memberikan bantuan sebanyak RM5,000 bagi urusan kematian kepada waris-waris mangsa yang meninggal dunia.

“Saya amat sedih dan bersimpati dengan mereka yang terkorban ketika bencana banjir. Sebagai tanda prihatin, kerajaan akan salur sumbangan RM10,000 kepada waris mangsa-mangsa banjir yang meninggal dunia di bawah Bantuan Wang Ihsan. (Sebelum ini RM5,000),” katanya dalam kenyataan di Facebook.

Tambah beliau, kerajaan juga bersetuju menyalurkan peruntukan secara terus sebanyak RM50 juta kepada dua negeri iaitu Pahang dan Selangor yang terjejas teruk akibat banjir manakala bagi negeri-negeri lain yang terjejas banjir, kerajaan akan menyalurkan peruntukan berdasarkan kerosakan yang berlaku.

Dalam pada itu, pengagihan bakul makanan kepada mangsa banjir oleh ahli Parlimen akan disalurkan bagi kawasan yang terjejas di mana kadar RM100 telah dicadangkan bagi setiap isi rumah dan bilangan isi rumah yang terjejas akibat banjir.

“Sebelum ini, saya dah umumkan RM1,000 bagi setiap isi rumah dan ada negeri seperti Melaka sudahpun agih bantuan ini kepada mangsa banjir.

Dana dari kerajaan dan GLC serta GLIC sebanyak RM75.8 juta terus disalurkan bagi menangani banjir impak banjir dan pemulihan pasca-banjir adalah RM75.8 juta.

“Bagi pasca banjir seperti kerja pembersihan rumah, GLC dan GLIC akan diminta untuk menggerakkan program bantu keluarga yang terkesan seperti kerja pembersihan dan sebagainya.

“Selain penyambungan kemudahan utiliti seperti air dan elektrik segera, saya akan arahkan Kementerian Multimedia dan Komunikasi untuk mempercepatkan pemulihan telekomunikasi di kawasan terjejas.

“Ini membolehkan ahli keluarga ketahui status ibu bapa, sanak saudara melalui video call dan sebagainya,” ujarnya lagi. Utusan

Waris mangsa banjir terima RM10,000 – PM


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU</a


Kalau dahulu PH tak batalkan Projek Canal City masalah banjir di Selangor sudah selesai

Puteri Balqis Jawab Persoalan Peminat Mengenai Isu ‘Muslim Gay’

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker