Amanah kutip derma RM1000 untuk satu water jet
Amanah kutip derma RM1000 untuk satu water jet
Pengarah Komunikasi Amanah Khalid Samad mempertahankan usaha pemuda parti itu mengumpul dana bagi membeli penyembur air atau water jet bernilai RM1,000 seunit.
Kata Khalid, jumlah itu masuk akal kerana ia jenis berkualiti tinggi yang biasa digunakan industri.
“RM300 ke RM400 ini (water jet) yang kecil, yang kita gunakan untuk rumah-rumah kita. Tetapi, kalau kita tengok kualiti yang tinggi dan yang gred industri ini dia memang RM1,000 lebih.
“Dan saya pun baru beli dalam empat buat untuk kumpulan (pembersihan) kami yang berharga dalam RM600, ini pun yang medium kualiti.
“Tapi kalau nak betul-betul kualiti tinggi ini dan kita tengok dalam iklan-iklan pun memang dalam harga RM1,000 lebih,” katanya kepada Malaysiakini.
Terdahulu, tular isu kutipan sumbangan bagi pembelian penyembur air bernilai RM1,000 yang dikongsikan Facebook Pemuda Amanah Nasional pada Rabu.
Ia susulan harga tersebut dikatakan mahal dan kutipan tersebut meragukan.
Mengulas lanjut, Khalid yang juga ahli parlimen Shah Alam berkata penyembur air yang ingin dibeli itu sememangnya yang berkualiti tinggi dan tahan lasak.
Hanya anggaran, kata Pemuda Amanah
Sementara itu, Ketua Pemuda, Mohd Hasbie Muda yang dihubungi Malaysiakini menegaskan jumlah sumbangan yang diminta oleh pihaknya itu hanyalah harga anggaran.
“Itu anggaran kasar yang kami buat tapi tak semestinya penyembur air itu berharga RMM1,000.
“Dan anggaran itu kami buat berdasarkan kepada tinjauan awal kita, kita dah turun sejak dari malam banjir dan juga pagi Ahad yang mana keadaan banjir kali ini jauh lebih teruk daripada operasi sebelum ini.
“Kalau operasi sebelum ini rumah yang banjir itu dalam lima ke 10 buah rumah. Jadi, kalau kita guna water jet yang harga RM300 ke RM400 bolehlah kita buat.
“Tetapi banjir kali ini, pada pengamatan saya jauh lebih teruk sebab satu taman perumahan tenggelam, satu kampung tenggelam,” katanya ketika dihubungi Malaysiakini.
Menurut Hasbie, harga seunit penyembur air itu juga akan dirunding sehingga kedua-dua pihak mencapai kata sepakat sebelum membelinya.
Pihaknya cuba mendapatkannya pada harga yang jauh lebih murah sekiranya boleh.
Bagaimanapun, Hasbie berkata keutamaannya adalah untuk mendapatkan penyembur air yang betul-betul tahan lasak.
Hasbie turut menafikan dakwaan pihaknya cuba mengambil untung dengan menaikkan harga barang itu.
“Tuduhan bahawa Pemuda Amanah markup harga itu dari segi teknikal bagaimana kita nak mark up sebab setiap perbelanjaan mesti disokong dengan resit.
“Tak boleh senang-senang nak keluarkan resit dan kita juga akan paparkan resit pembelian tersebut dan netizen boleh buat bandingkan kalau mereka ada tempat yang lebih murah,” katanya. Mk
Nota: Sepatutnya pemimpin Amanah yang menyumbang water jet.
Amanah kutip derma RM1000 untuk satu water jet
Baca Artikel Menarik :
- Henti ‘game’ salah-menyalah – Najib
- Zul rapat dan mesra dengan saya – Ruhainies
- Pembalasan Tuhan, Ebby Yus maafkan segelintir netizen
- Peguam Long Tiger U-TURN
- Wan Saiful bangang, Latiff perlu bertanggungjawab – Nazri
- Kertas A4 Selamatkan Mercedes A45s Daripada Banjir
- Payudara aku kecil macam kau punya – Sharifah Sakinah
- Saya nak sekolahlah MB Selangor, dia tak faham MKN – Noh
- PSUAM buat laporan dakwa cubaan sorok bukti dalam kes mahkamah Najib
- Kediaman di Mentakab ‘lenyap’ tenggelam air banjir
- Intan Ladyana, suami dikejarkan ke hospital
Layari Laman Facebook MYKMU</a
You must be logged in to post a comment.