Tak perlu karipap, kopi O untuk bincang pengurusan bencana
Tak perlu karipap, kopi O untuk bincang pengurusan bencana
Tidak perlu hidangan karipap ataupun kopi O bagi membincangkan pengurusan krisis ketika bencana yang memerlukan tindakan pantas diambil, kata bekas perdana menteri, Najib Razak.
Paling penting kata ahli parlimen Pekan itu, semua pihak perlu mengenepikan ego masing-masing tanpa perlu menuding jari ataupun bertengkar.
“Tidak ada ruang untuk menuding jari atau bertengkar bidang kuasa siapa, siapa patut buat itu, ini kerja saya bukan dia kenapa masuk campur.
“Prosedur kerajaan banyak, tetapi di masa krisis, apa yang lebih penting? Dari Persekutuan, ke negeri, ke daerah dan kampung. Kita ada pelbagai agensi dan jawatankuasa, bukan saja-saja kita buat semua ini, ada isu, selesaikan lah.
“Tak payah lah karipap ke, teh kopi ke. Meeting (Mesyuarat) cepat pendek dan ringkas. Buat perancangan, kemudian keluar laksanakan bantulah rakyat sebaik-baiknya,” katanya dalam satu hantaran di Facebooknya, hari ini.
Sebelum ini, Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma) menerima kecaman hebat berhubung kenyataan menteri bertanggungjawab mengenai fungsi agensi itu ketika negara berdepan situasi banjir besar.
Ia susulan laporan satu portal berita pada 15 Disember yang melaporkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-Tugas Khas), Abdul Latiff Ahmad berkata, Nadma hanya menjaga urusan dalam pemberian pampasan kepada mangsa selepas mendapat maklumat dan senarai daripada negeri.
Katanya, Nadma juga tidak bercadang untuk menempatkan pejabat dan kakitangannya di peringkat daerah kerana ia melibatkan kos yang besar.
Bagaimanapun Abdul Latiff dalam laporan portal yang sama selepas itu memberi penjelasan berhubung kenyataannya itu yang disifatkan sebagai salah tafsir.
Dalam pada itu Najib berkata, dalam situasi krisis ia memerlukan keputusan dan tindakan diambil segera.
Bagaimanapun katanya ia memerlukan perancangan yang jelas dengan melalui satu koordinasi yang betul.
“Ada krisis, tangani segera lah. Ada keperluan, buat lah. Koordinasi penting, misi perlu jelas, tindakan perlu segera,” katanya lagi. Mk
Tak perlu karipap, kopi O untuk bincang pengurusan bencana
Baca Artikel Menarik :
- Henti ‘game’ salah-menyalah – Najib
- Zul rapat dan mesra dengan saya – Ruhainies
- Pembalasan Tuhan, Ebby Yus maafkan segelintir netizen
- Peguam Long Tiger U-TURN
- Wan Saiful bangang, Latiff perlu bertanggungjawab – Nazri
- Kertas A4 Selamatkan Mercedes A45s Daripada Banjir
- Payudara aku kecil macam kau punya – Sharifah Sakinah
- Saya nak sekolahlah MB Selangor, dia tak faham MKN – Noh
- PSUAM buat laporan dakwa cubaan sorok bukti dalam kes mahkamah Najib
- Kediaman di Mentakab ‘lenyap’ tenggelam air banjir
- Intan Ladyana, suami dikejarkan ke hospital
Layari Laman Facebook MYKMU</a
Patin banjir! Rezeki menjala dapat saiz 15kilogram seekor
You must be logged in to post a comment.