Solusi banjir, kembalikan semula projek Bandar Terusan: Khir Toyo
SHAH ALAM – Bekas Menteri Besar Selangor, Dr Mohamad Khir Toyo menggesa kerajaan negeri dan pusat mengembalikan semula pelaksanaan projek Bandar Terusan yang pernah diluluskan sewaktu pentadbiran beliau dahulu sebagai solusi tuntas dalam menangani masalah banjir di negeri itu secara menyeluruh.
Jelas beliau, projek Bandar Terusan yang sepatutnya dilaksanakan pada tahun 2007 adalah projek pembinaan satu terusan besar yang menghubungkan dua tasik di daerah Petaling dan Kuala Langat dengan kepanjangannya mencapai 17 kilometer.
Tambahnya, sekiranya projek Bandar Terusan ini berjaya disiapkan, terusan besar berkenaan mampu menyimpan ratusan juta liter air limpahan sungai yang tidak dapat dialirkan ke laut akibat kejadian air pasang besar dan hujan lebat luar biasa.
Ujarnya lagi, inisiatif itu yang mengambil inspirasi reka bentuk pembinaan terusan di Belanda, sekali gus meminimumkan sepenuhnya impak banjir di kawasan Lembah Klang dalam jangka masa 100 tahun akan datang.
“Sewaktu saya menjadi Menteri Besar Selangor, kami berusaha membuat kajian menyeluruh bagaimana untuk mengelakkan berlaku banjir di Selangor memandangkan kejadian banjir kilat kerap terjadi di kawasan Taman Sri Muda, Batu Tiga, dan Seksyen 13 di Shah Alam; Taman Puteri Puchong serta sebahagian kawasan Klang.
“Hasil kajian kita mendapati isu banjir kerap berlaku di negeri ini disebabkan masalah paras air laut kerap meningkat saban tahun dan jika berlaku hujan lebat ditambah fenomena air laut pasang, maka akan berlaku situasi di mana air sungai tidak mengalir ke laut selain air laut pula memenuhi kuala sungai.
“Keadaan ini akan menyebabkan kawasan-kawasan rendah seperti Taman Sri Muda, Batu Tiga dan Seksyen 13 ditenggelami air dan berlaku banjir sangat dalam di kawasan berkenaan,” katanya kepada Sinar Premium pada Khamis.
Mengulas lanjut, Mohamad Khir menjelaskan idea pelaksanaan projek Bandar Terusan timbul setelah beliau dan kerajaan negeri ketika itu mengenal pasti kaedah terbaik menangani banjir adalah mewujudkan platform yang membolehkan air hujan tidak dapat dialirkan ke laut untuk jangka masa tertentu, disimpan buat sementara bagi mengelakkan banjir berlaku.
Malangnya, beliau mendedahkan projek itu dibatalkan oleh kerajaan negeri Pakatan Rakyat (PR) pimpinan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim pada tahun 2008, dengan kawasan terlibat projek sebaliknya diserahkan kepada pemaju untuk pelaksanaan projek pembangunan.
“Dengan pembatalan projek itu dan tiada projek alternatif susulan bagi mendepani isu banjir, kita telah terlepas peluang keemasan untuk meminimumkan impak banjir besar di Selangor pada masa akan datang dengan projek Bandar Terusan ini sepatutnya disiapkan sekitar tahun 2017 sekiranya tidak dibatalkan.
“Bagi saya, kejadian banjir besar yang berlaku adalah musibah yang kita boleh elakkan dengan perancangan teliti dan saya yakin pelaksanaan projek Bandar Terusan adalah solusi terbaik yang selari dengan prinsip kejuruteraan awam moden.
“Selama ini, kita boleh berbangga dengan pembinaan menara pencakar langit yang dianggap antara tertinggi di dunia, namun kini kita sewajarnya malu apabila rakyat menderita akibat banjir menenggelamkan kawasan bandar yang mempunyai kepadatan penduduk tinggi dan kerajaan pula masih tiada perancangan jitu untuk mengatasinya,” katanya.
Solusi banjir, kembalikan semula projek Bandar Terusan: Khir Toyo
Baca Artikel Menarik:
- Henti ‘game’ salah-menyalah – Najib
- Zul rapat dan mesra dengan saya – Ruhainies
- Pembalasan Tuhan, Ebby Yus maafkan segelintir netizen
- Peguam Long Tiger U-TURN
- Wan Saiful bangang, Latiff perlu bertanggungjawab – Nazri
- Kertas A4 Selamatkan Mercedes A45s Daripada Banjir
- Payudara aku kecil macam kau punya – Sharifah Sakinah
- Saya nak sekolahlah MB Selangor, dia tak faham MKN – Noh
- PSUAM buat laporan dakwa cubaan sorok bukti dalam kes mahkamah Najib
- Kediaman di Mentakab ‘lenyap’ tenggelam air banjir
- Intan Ladyana, suami dikejarkan ke hospital
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Patin banjir! Rezeki menjala dapat saiz 15kilogram seekor
You must be logged in to post a comment.