Embrio dinosaur ditemukan dalam fosil telur

Sebaran :

Embrio dinosaur ditemukan dalam fosil telur

Para saintis di China mendedahkan penemuan satu embrio dinosaur yang diawet dengan sempurna dalam sebiji telur.

Lapor BBC, embrio dinosaur itu ditemukan di Ganzhou, selatan China dan ia dianggarkan berusia 66 juta tahun.

Embrio itu dikenal pasti dari spesies theropod yang tidak bergigi atau dinosaur oviraptorosaur yang diberi nama ‘Baby Yingliang’.



Penganalisis Dr. Fion Waisum Ma menyifatkan embrio tersebut sebagai paling sempurna yang pernah ditemukan dalam sejarah.

Katanya, penemuan itu secara tidak langsung memberi pemahaman lebih lanjut mengenai hubungan antara dinosaur dan spesies burung moden ketika ini.

Dalam pada itu, fosil embrio tersebut berada dalam posisi melengkung dan keadaan itu biasa untuk burung sebelum menetas.

Oviraptorosaur merupakan dinosaur berbulu yang hidup di bahagian yang kini dinamakan sebagai Asia dan Amerika Utara dalam zaman Batu Kapur Akhir antara 11 juta hingga 66 juta tahun lalu.



Baby Yingliang itu mempunyai panjang 27 sentimeter dari kepala hingga ekor dan terletak dalam telur sepanjang 17 sentimeter.

Telur itu pertama kali ditemukan pada 2000 kemudian disimpan selama 10 tahun di Muzium Sejarah Alam Batu Yingliang.

Embrio itu hanya disedari selepas saintis melakukan penelitian teliti. Utusan

Embrio dinosaur ditemukan dalam fosil telur




Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU</a


ASB: Dividen dan bonus 5% untuk 2021

Patin banjir! Rezeki menjala dapat saiz 15kilogram seekor


Sebaran :

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *