Salah seorang mangsa hilang di Raub ditemui selamat

Operasi mencari dan menyelamat warga emas yang hilang dikhuatiri terjatuh ke dalam Sungai Cheroh di sini, masih diteruskan.

RAUB – Seorang daripada dua mangsa yang dilaporkan hilang dalam kejadian berasingan di sini pada Rabu berjaya ditemui dalam keadaan selamat pada Khamis.

Mangsa, Mohamed Salehuddin Mohamed Helmi, 25 dari Kampung Baru Kela, Cheroh ditemui kira-kira jam 11.15 pagi di sebuah kebun berhampiran sungai.

Ketua Polis Daerah Raub, Superintendan Kama Azural Mohamed berkata, mangsa dilaporkan hilang ketika naik ke bukit Kampung Kela kira-kira jam 10 pagi untuk membersihkan paip di empangan bersama 10 lagi rakannya.

Menurutnya, mangsa bagaimanapun tidak pulang ke rumah sehingga malam dan kehilangannya itu dilaporkan bapa tirinya kira-kira jam 8.30 malam hari yang sama.

“Bertindak atas maklumat, operasi mencari dan menyelamat digerakkan jam 9 malam melibatkan anggota Balai Polis Cheroh dibantu orang kampung di kawasan empangan dan tepi sungai sehingga ke jalan besar namun mangsa gagal ditemui.

“Berdasarkan cerita rakan-rakannya, mangsa didapati tiada ketika mereka sedang membersihkan paip empangan,” katanya pada Khamis.

Mengulas lanjut, Kama Azural berkata, ketika rakannya turun ke tempat parkir motosikal mereka mendapati motosikal milik mangsa masih berada di kawasan terbabit.

“Mereka beranggapan mangsa telah pulang ke rumah.

“Operasi mencari yang diteruskan pada hari ini (Khamis) berjaya menemui mangsa dalam keadaan selamat dipercayai tertidur akibat keletihan,” katanya.

Sementara itu, Kama Azural berkata, operasi mencari lelaki warga emas berusia 79 tahun yang disyaki terjatuh ke Sungai Cheroh di sini masih diteruskan.

Menurutnya, mangsa dipercayai tergelincir ke dalam sungai di belakang rumahnya untuk mandi berdasarkan penemuan gayung dan kesan gelincir di tebing sungai.

“Operasi mencari dan menyelamat diteruskan meliputi kawasan Sungai Cheroh sehingga Sungai Semantan, Cheroh, bermula dari tempat kejadian mangsa dipercayai terjatuh,” ujarnya.

Salah seorang mangsa hilang di Raub ditemui selamat


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


ASB: Dividen dan bonus 5% untuk 2021

Patin banjir! Rezeki menjala dapat saiz 15kilogram seekor

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker