Shahidan dipanggil menghadap Lembaga Disiplin parti

Shahidan dipanggil menghadap Lembaga Disiplin parti

Ketua Umno Bahagian Arau, Shahidan Kassim menghadap Lembaga Disiplin parti itu petang ini berikutan dakwaan melanggar disiplin dan etika parti.

Menurut laporan Sinar Harian, Menteri Wilayah Persekutuan itu tiba di Menara Dato Onn, Kuala Lumpur kira-kira jam 2.45 petang.



Shahidan enggan mengulas perkara itu ketika dihubungi FMT.

Difahamkan, selepas perjumpaan itu, Shahidan bergegas ke Jelebu sempena lawatan pascabanjir di Pusat Penempatan Sementara Dewan Besar D’Sury, Kuala Klawang.

Sebelum ini, Ketua Pemuda Umno Bahagian Arau, Syed Atif Syed Abu Bakar menghantar surat kepada Setiausaha Agung parti itu, Ahmad Maslan yang menggesa supaya Shahidan dirujuk kepada Lembaga Disiplin Umno.



Syed Atif mendakwa, pelanggaran disiplin itu berlaku ketika Shahidan hadir pada Majlis Perasmian Berkelompok Mesyuarat Cawangan-cawangan Umno Bahagian Arau di Pusat Khidmat Kubang Gajah, Kangar, Perlis pada 17 Okt lalu.

Antara kesalahan tersebut ialah mengibarkan bendera Bersatu bersama bendera Umno sebagai hiasan di ruang majlis perasmian mesyuarat Umno bahagian itu.

Selain itu, beliau juga turut didakwa mengedarkan draf usul yang jelas bertentangan dengan keputusan parti kepada ketua-ketua cawangan dan ketua-ketua sayap cawangan, malah membuat ucapan yang bertentangan dengan keputusan parti kepada ketua-ketua cawangan dan ketua-ketua sayap cawangan.
FMT

Shahidan dipanggil menghadap Lembaga Disiplin parti




Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU</a


ASB: Dividen dan bonus 5% untuk 2021



Patin banjir! Rezeki menjala dapat saiz 15kilogram seekor

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker