Rina Haron bertumit tinggi ke PPS

Rina Haron bertumit tinggi ke PPS

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rina Harun meminta orang ramai tidak salah faham berhubung dirinya yang berkasut tumit tinggi ke sebuah pusat pemindahan sementara (PPS) baru-baru ini.

Rina menjelaskan, beliau ke PPS selepas menghadiri Perhimpunan Agung Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dan tidak sempat menukar keseluruhan pakaian termasuk kasut tumit tinggi.

“Saya ingin memaklumkan pada hari tersebut, pada 19 Disember 2021, saya menghadiri Perhimpunan Agung Bersatu dan sebagai Ketua Srikandi Bersatu, saya perlu berada di perhimpunan tersebut.



“Ketika mesyuarat, saya turut menerima banyak laporan tentang bencana banjir dan hati saya tidak berasa tenang dan saya risau tentang mangsa banjir. Saya membuat keputusan selepas mesyuarat, saya akan melawat sekurang-kurangnya satu PPS.

“Saya hanya berkesempatan untuk menyalin baju saya sahaja, saya tukar baju saya. Saya sudah tak teringat pada kasut saya, kerana apa yang lagi penting pada saya adalah keberadaan saya di pusat tersebut untuk membantu dan menjaga kebajikan mangsa-mangsa banjir tersebut, katanya pada majlis pelancaran Usahawan Wanita Bangkit Bersama 2021 Misi Rise Together di Quill Mall di sini hari ini.

Penampilan Rina yang berkasut tumit tinggi ke sebuah PPS Sabtu lalu menerima kecaman warganet kerana dilihat tidak peka terhadap persekitaran semasa.

Tambah Rina, sudah menjadi kelaziman menteri sepertinya akan dikecam dalam pelbagai aspek.



“Saya juga mahu membatalkan majlis hari ini, tetapi penganjur berkata, kehadiran saya pada majlis ini juga diperlukan. Jadi, saya mengambil kesempatan ini untuk menjelaskan isu saya pakai kasut tinggi melawat ke pusat pemindahan yang sudah tular dalam media sosial,” katanya.

Beliau berharap rakyat Malaysia tidak melihat sesuatu situasi di satu sudut pandang atau pada sekeping gambar sahaja sebaliknya melihat secara menyeluruh.

“Saya ingin minta maaf kerana jika kasut tinggi saya, kasut itu lagi penting dari kehadiran saya di pusat banjir tersebut. Jadi, saya berharap kita sebagai rakyat Malaysia, dalam suasana kita berada pada masa kini agar kita turut membantu satu sama lain.

“Kita mudah mengata di platform media sosial, kita mudah menulis macam-macam perkara, tapi apakah sumbangan kita kepada mangsa-mangsa banjir. Jangan kita ingat kita berada di kawasan ini, orang ramai yang susah kita lupakan,” ujarnya. Utusan



Rina Haron bertumit tinggi ke PPS


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU</a


ASB: Dividen dan bonus 5% untuk 2021

Patin banjir! Rezeki menjala dapat saiz 15kilogram seekor

Related Articles

Back to top button
%d bloggers like this:

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker