Pahang beri bantuan khas RM500 kepada mangsa banjir – MB

Pahang beri bantuan khas RM500 kepada mangsa banjir – MB

KERAJAAN Pahang hari ini mengumumkan Bantuan Khas Bencana Banjir sebanyak RM500 kepada setiap ketua keluarga yang terjejas dengan bencana banjir di negeri berkenaan.

Menteri Besar, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail dalam kenyataan hari ini berkata, bantuan itu adalah sebagai tanda prihatin kerajaan negeri terhadap mangsa banjir yang terjejas.

Katanya, bantuan berkenaan meliputi kategori penerima iaitu mangsa yang berpindah ke pusat pemindahan sementara (PPS) dan mangsa yang tidak berpindah ke PPS sebaliknya menumpang di rumah saudara mara serta mangsa yang tinggal di rumah sewa dan mangsa yang tidak berpindah ke mana-mana.

“Selain tanda prihatin, kerajaan negeri membuat sumbangan ini berdasarkan kemampuan dan keupayaan kewangannya. Sumbangan RM500 ini demi meringankan sedikit sebanyak beban yang ditanggung, Insya-Allah,” katanya.

Baca artikel berkaitan: Banjir: 2 lagi mayat ditemukan di Taman Sri Muda

Banjir di Pahang bermula Jumaat lepas dan situasi semasa banjir pagi ini, menurut aplikasi Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) menyaksikan seramai 37,356 mangsa masih ditempatkan di 264 pusat pemindahan sementara (PPS) di sembilan daerah terjejas banjir.

Daerah yang terjejas adalah Kuantan, Temerloh, Bentong, Maran, Lipis, Raub, Jerantut, Bera dan Pekan. Utv

Pahang beri bantuan khas RM500 kepada mangsa banjir – MB


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU</a


ASB: Dividen dan bonus 5% untuk 2021

Patin banjir! Rezeki menjala dapat saiz 15kilogram seekor

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker