Ops Menu: Lapan restoran dikompaun

Mohd Nurkhuzaini (tengah) melihat ayam yang dijual di Mydin Hypermarket Gong Badak, di Kuala Nerus pada Khamis.

KUALA NERUS – Sebanyak lapan restoran yang diperiksa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Terengganu menerusi Ops Menu bermula 6 November lalu dikenakan tindakan kerana melakukan pelbagai kesalahan.

Exco Keusahawanan, Sumber Manusia, Industri Mikro Dan Hal Ehwal Pengguna negeri Terengganu, Mohd Nurkhuzaini Ab Rahman berkata, semua peniaga itu dikesan melakukan kesalahan mengikut Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan (AKHAP) 2011 dan Akta Timbang dan Sukat (ATS) 1972.

Menurutnya, kesalahan itu dikesan melalui pemeriksaan yang dilakukan KPDNHEP terhadap 509 restoran dan kedai makan di Kuala Terengganu, Kemaman, Besut dan Dungun sehingga 21 Disember lalu.

“Daripada lapan restoran itu, enam peniaga di Kuala Terengganu dan Kemaman dikenakan tindakan di bawah AKHAP manakala dua lagi peniaga di Besut dan Dungun di bawah ATS dengan jumlah kompaun keseluruhan berjumlah RM2,200,” katanya.



Beliau berkata demikian selepas Pelancaran Skim Harga Maksimum Musim Perayaan (SHMMP) Krismas Tahun 2021 Peringkat Negeri Terengganu di Mydin Hypermarket Gong Badak, di sini pada Khamis.

Hadir sama Pengarah KPDNHEP Terengganu, Saharuddin Mohd Kia.

SHMMP Krismas 2021 dikuatkuasakan selama sembilan hari bermula Khamis hingga 31 Disember melibatkan tiga barang keperluan iaitu ayam belanda import, daging kambing biri-biri import bertulang, lada benggala hijau dan disokong dengan 12 barang lain di bawah Skim Harga Maksimum Keluarga Malaysia (SHMKM).

Sementara itu, Mohd Nurkhuzaini berkata, seorang pemborong ayam di Kuala Terengganu dikompaun sebanyak RM1,000 pada 9 Disember lalu kerana menjual ayam melebihi harga ditetapkan.



Katanya, perbuatan pemborong itu dikesan dalam operasi sempena SHMKM yang dilancarkan pada 7 Disember lalu di seluruh negara melibatkan 12 jenis barangan keperluan.

“Mana-mana peniaga yang dikesan melakukan kesalahan mencatut mengikut Seksyen 14(1) AKHAP 2011 boleh didenda sehingga RM500,000 bagi perbadanan atau syarikat.

“Bagi individu pula, mereka boleh didenda sehingga RM100,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya sekali,” katanya.

Ops Menu: Lapan restoran dikompaun




Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU</a


ASB: Dividen dan bonus 5% untuk 2021



Patin banjir! Rezeki menjala dapat saiz 15kilogram seekor

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker