Anggota polis didakwa minta, terima rasuah RM7,000



SEREMBAN – Seorang anggota polis berpangkat koperal dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini pada Khamis atas dua pertuduhan meminta dan menerima rasuah berjumlah RM7,000 dua tahun lepas.

Tertuduh, Mohd Zamri Ali, 40, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas kedua-dua pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Rushan Lutfi Mohamed.

Bagi pertuduhan pertama, tertuduh yang bertugas di Balai Polis Sikamat, Seremban dituduh telah meminta suapan iaitu wang tunai M4,000 daripada seorang lelaki sebagai dorongan untuk tidak melakukan suatu perbuatan berhubungan dengan hal ehwal prinsipal tertuduh iaitu untuk tidak mengambil tindakan undang-undang kepada lima orang pekerja lelaki itu bagi kesalahan di bawah Akta Racun 1952 dan kesalahan di bawah Akta Imigresen 1959/63.

Kesalahan itu didakwa dilakukan Balai Polis Sikamat, Seremban kira-kira jam 6.30 petang, 23 Jun 2019, mengikut Seksyen 16(a)(B) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009.

Sabit kesalahan, boleh dipenjara tidak lebih 20 tahun dan denda tidak kurang daripada lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000, yang mana lebih tinggi.




Bagi pertuduhan kedua, tertuduh didakwa memperoleh suapan iaitu wang tunai RM3,000 daripada individu sama, sebagai dorongan untuk tidak mengambil tindakan undang-undang terhadap lima pekerja lelaki itu yang melakukan kesalahan di bawah Akta Racun 1952 dan Akta Imigresen 1959/63.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu kira-kira jam 9 malam pada tarikh dan tempat sama, mengikut Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009 dan boleh dihukum di bawah seksyen 24(1) akta sama, yang memperuntukkan hukuman penjara Penjara tidak lebih 20 tahun dan denda tidak kurang daripada lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000, yang mana lebih tinggi.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwaraya SPRM, Mohamad Azriff Firdaus Mohamad Ali manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Hakim kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin RM10,000 berserta syarat tambahan perlu melaporkan diri ke pejabat SPRM Negeri Sembilan setiap bulan sehingga kes selesai.

Sebutan semula kes ditetapkan pada 24 Januari tahun depan.




Anggota polis didakwa minta, terima rasuah RM7,000


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU</a


ASB: Dividen dan bonus 5% untuk 2021

Patin banjir! Rezeki menjala dapat saiz 15kilogram seekor



Leave a Reply

Your email address will not be published.