4 agensi diarah beri laporan bencana setiap hari kepada rakyat – Ismail

4 agensi diarah beri laporan bencana setiap hari kepada rakyat – Ismail

Empat agensi yang terbabit dalam pengurusan bencana negara diarah memberi laporan hariannya berkenaan situasi banjir dan bencana di seluruh negara kepada rakyat bermula hari ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, ia membabitkan agensi utama seperti Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA), Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (Bomba) serta Angkatan Tentera Malaysia (ATM).



“Saya sudah mengarahkan NADMA, PDRM, BOMBA dan ATM untuk membuat laporan harian kepada seluruh Keluarga Malaysia mulai hari ini.

“Pembabitan daripada seluruh barisan hadapan kerajaan yang membantu bencana ini harus berada di tahap sentiasa bersedia,” katanya dalam ciapan di Twitter hari ini.

Beliau yakin, laporan oleh agensi ini khususnya mengenai situasi terkini banjir di beberapa negeri akan dapat memberi gambaran jelas semasa mengenai bencana di seluruh negara.

Pagi tadi, sidang media pertama dibuat oleh Ketua Polis Negara, Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani diikuti Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Affendi Buang.



Seterusnya sidang media oleh Ketua Pengarah Bomba, Datuk Mohammad Hamdan Wahid serta Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-Tugas Khas), Datuk Dr Abd Latiff Ahmad dijadual petang ini. BH

4 agensi diarah beri laporan bencana setiap hari kepada rakyat – Ismail


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU</a




ASB: Dividen dan bonus 5% untuk 2021

Patin banjir! Rezeki menjala dapat saiz 15kilogram seekor



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker