Terkandas banjir, Jamal Abdillah terpaksa tidur dalam kereta

Terkandas banjir, Jamal Abdillah terpaksa tidur dalam kereta

“Saya terpaksa bermalam dalam kereta kerana setiap penjuru kawasan dinaiki air akibat banjir”. Demikian kata penyanyi Datuk Jamal Abdillah.

Jamal,62, antara selebriti tanah air yang turut terperangkap dalam bencana alam di Shah Alam pada Sabtu lalu.



Menurut Jamal, dia tidak menyangka laluan untuk pulang ke rumahnya yang terletak D’Kayangan,Seksyen 13, Shah Alam telah dinaiki air.

“Sebaik sahaja selesai menghadiri jemputan di Kuala Pilah, Negeri Sembilan, saya dan rakan terus pulang ke Shah Alam.

“Tetapi tak sangka pula semua jalan yang kami cuba untuk ke kawasan rumah telah dipenuhi air banjir. Ketika itu sudah pukul 12 tengah malam.

“Akhirnya, saya dan rakan terpaksa akur untuk bermalam dalam kereta berdekatan dengan pasar raya Giant. Hanya pada pukul 9 pagi keesokan harinya (Ahad) paras air mulai surut,” katanya kepada URTV.



Menceritakan kembali pengalamannya ketika berdepan detik mencemaskan itu, Jamal dan rakannya terpaksa memandu kereta melawan arus bagi mengelakkan kenderaan dimasuki air.

Tambah penyanyi Kekasih Awal Dan Akhir itu, dia bagaimanapun bersyukur apabila anak-anak serta isterinya, Datin Zai Izzati Khiruddin terselamat daripada bencana banjir itu.

“Sebaik sahaja air surut, kami terpaksa melawan arus di jalan sehala disebabkan hanya laluan itu sahaja yang membolehkan saya sampai ke rumah. Alhamdulillah, Allah permudahkan urusan saya dan rakan.

“Saya juga bersyukur air tidak masuk ke dalam rumah sebab kawasan perumahan saya itu agak tinggi. Di luar kawasan perumahan saya dah macam pulau sebab dipenuhi dengan air.



“Anak-anak dan isteri pun berada dalam keadaan selamat, itu sudah membuatkan saya menghela nafas lega,” luahnya.

Melihatkan kembali situasi menakutkan itu, Jamal turut simpati terhadap mangsa-mangsa banjir yang terjejas teruk ketika ini.

“Bila semalam saya lalu jalan yang sama, saya rasa macam sedang bermimpi sebab tiba-tiba air di sekitar kawasan jalan raya sudah surut dan mulai kering.

“Padahal Sabtu lalu, banjir naik dan paras air sangat dalam…rasa pelik pun ada. Sesuatu yang saya tak jangka langsung musibah ini boleh berlaku kalau tengok pada ketinggian air, memang agak menakutkan!



“Itulah kuasa Allah, dia nak uji hambaNYA. Nak kata apa lagi? Kita tak boleh nak salahkan sesiapa. Apa yang lebih penting, kita muhasabah diri mengapa perkara ini berlaku. Adakah datang daripada kesilapan kita sendiri atau sebaliknya.

“Adakah kita tidak menjaga peraturan dengan membuang sampah merata-rata, saya pun tak tahu nak cakap apa. Empangan air terpaksa dibuka kerana dah penuh disebabkan hujan yang turun tanpa henti beberapa hari lalu, itu juga antara faktor air banjir naik,” tuturnya. Utv

Terkandas banjir, Jamal Abdillah terpaksa tidur dalam kereta


Baca Artikel Menarik :



Layari Laman Facebook MYKMU</a


Tahanan wanita dakwa dipaksa lakukan oral seks di balai polis

Sihir Pelalau, ini tanda jika anda terkena



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker