Rumah Yanzen tinggal bumbung

Sebaran :

Rumah Yanzen tinggal bumbung

“Semalam saya tak boleh keluar kerana air terlalu dalam, manakala pasukan penyelamat juga tak boleh masuk.

“Hari ini, Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dipanggil membantu dan guna bot besar untuk menyelamat mangsa terkandas,” demikian kata penyanyi Yantzen,63, yang kini berada di Pusat Penempatan Sementara (PPS) di sebuah sekolah di Batu 12 Hulu Langat sejak petang tadi.

Yantzen yang tinggal di Taman Sungai Serai Tambahan, Batu 12 Hulu Langat sejak lima tahun lalu berkata, air naik dengan pantas sejak semalam.



“Saya cuma sempat kemas apa yang patut. Setakat ini barang-barang rumah saya 90 peratus rosak, tapi saya belum teliti lagi sepenuhnya.

“Saya pun tak pasti berapa lama akan berada di pusat pemindahan ini kerana air empangan akan dilepaskan lagi. Sebelum ini air empangan pun dah dilepaskan.

“Ini kali pertama kejadian sebesar ini berlaku. Sebelum ini banjir hanya berlaku di kawasan sungai saja. Tidaklah sampai masuk ke dalam rumah,” katanya.

Biarpun kereta dan dua motosikal termasuk milik rakannya tenggelam, Yantzen menerima apa yang berlaku itu dengan hati reda.



“Terima kasih kepada petugas yang melayan saya dengan baik. Saya pun dah maklumkan perkara ini kepada anak saya dan kawan-kawan.

“Saya masih berfikir sama ada akan terus berada di sini atau nak tumpang di rumah kawan selepas ini,” katanya. HM

Rumah Yanzen tinggal bumbung


Baca Artikel Menarik :



Layari Laman Facebook MYKMU</a


Kolam tahi pun cantik di Kedah (Video)

‘Bonggol maut menuju ke alam barzakh’ [VIDEO]


Sebaran :

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *