Pengunjung pusat hiburan dikompaun RM67,000, sembilan direman positif dadah

Pengunjung pusat hiburan dikompaun RM67,000, sembilan direman positif dadah

Seramai 67 pelanggan yang mabuk di sebuah pusat hiburan di ibu negara menerima padah apabila dikenakan tindakan kompaun baru-baru ini.

Kesemua individu telah dikeluarkan kompaun berjumlah RM67,000 dengan RM1,000 setiap seorang atas kesalahan gagal mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan kerajaan.



Lebih malang, sembilan daripadanya pula dicekup atas kesalahan dadah, kata Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Beh Eng Lai hari ini.

“Pada 17 Disember lalu jam lebih kurang pukul 11.00 malam, sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Daerah (BSJND) Sentul telah membuat serbuan ke atas sebuah pusat hiburan di Jalan Dutamas Sentul kerana disyaki wujud penyalahgunaan dadah dalam kalangan pengunjungnya.

“Hasil serbuan dan pemeriksaan lanjut mendapati mereka bukan sahaja gagal mematuhi SOP Pelan Pemulihan Nasional (PPN) Fasa 4 iaitu 67 pengunjung termasuk pengusaha premis telah gagal mengamalkan penjarakan fizikal yang ditetapkan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Kesemua pengunjung itu dikenakan dikenakan kompaun bernilai RM1,000 setiap seorang di bawah Peraturan 17 (1) Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (PPDPPB) (Pindaan) 2021 dengan jumlah keseluruhannya RM67,000.



Justeru katanya, kesemua pengunjung kelab hiburan itu termasuk pemilik premis juga dilibatkan dalam ujian air kencing.

Hasil ujian saringan awal air kencing ke atas semua pengunjung mendapati sembilan individu dikesan positif dadah jenis Tetrahydrocannabinol.

“Kesemua saspek kini ditahan reman selama tiga hari sehingga 20 Disember lalu bagi tujuan siasatan lanjut,” katanya.

Kesemua suspek yang direman kini sedang disiasat dibawah Seksyen 15 (1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda RM5,000.00 atau kedua-duanya jika sabit kesalahan. MG



Pengunjung pusat hiburan dikompaun RM67,000, sembilan direman positif dadah


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU</a


Kolam tahi pun cantik di Kedah (Video)



‘Bonggol maut menuju ke alam barzakh’ [VIDEO]



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker