Kerana Anggota Badan Inilah Kita Ke Syurga Atau Ke Neraka
Kerana Anggota Badan Inilah Kita Ke Syurga Atau Ke Neraka
Semua benda dalam kehidupan ini asasnya adalah al-Quran dan sunah. Tidak ada perkara yang tidak dinyatakan di dalam al-Quran dan sunah. Sekali pun tidak ada itu bukan membawa maksud tidak berasaskan al-Quran dan sunnah cuma ia tidak dinyatakan secara khusus.
Sampaikanlah perkara yang baik sahaja. Namun perkara yang buruk jangan disampaikan. Rasulullah s.a.w mengajarkan hinggakan mimpi yang buruk pun tidak perlu disampaikan. Daripada Abu Qatadah daripada Rasulullah s.a.w. sabdanya,
“Mimpi yang baik datang daripada Allah dan mimpi yang buruk daripada syaitan. Maka siapa bermimpi yang dibencinya hendaklah dia meludah ke kiri kemudian berlindung kepada Allah daripada kejahatan syaitan nescaya tidak akan membahayakannya.
Dan jangan menceritakan mimpi itu kepada sesiapa pun. Maka siapa bermimpi dengan mimpi yang buruk bergembiralah dan jangan menceritakannya kecuali kepada orang yang dikasihi.” HR Muslim.
Begitu juga di dalam berkata-kata, Rasulullah mengingatkan,
“Sesiapa beriman dengan Allah dan hari kiamat maka hendaklah dia berbuat baik kepada jiran tetangganya. Sesiapa beriman dengan Allah dan hari kiamat maka hendaklah dia memuliakan tetamunya, sesiapa beriman dengan Allah dan hari akhirat maka hendaklah dia bercakap yang baik ataupun diam.” HR Muslim.
Menyampaikan itu mesejnya adalah perkara yang baik dan tidak menyinggung perasaan. Rasulullah s.a.w. apabila ditanya oleh para sahabat,
“Apakah anggota badan yang boleh membawa kebaikan?” Rasulullah menjawab, “lidah.” Sahabat bertanya lagi, “Apakah anggota badan yang membawa ke neraka.” Lalu Rasulullah menjawab, “Lidah.”
Semuanya bermula daripada lidah, yang baik begitu juga yang jahat. Kalau mengikut ayat itu adalah wajib ke atas setiap orang Islam menyampaikan mengikut keupayaan masing-masing. Sampaikanlah apa saja yang baik dan indah tentang Islam.
Tugas Kita Hanya Menyampaikan
Usah gusar kerana setiap orang sudah pun menyampaikan sama ada sedar atau tidak. Apabila kita telah menjalankan tanggungjawab harian dengan sempurna, menyampaikan contoh yang baik, maka mesej sampaikanlah itu sudah pun terlaksana.
Sedangkan Rasulullah sendiri hanya diperintah menyampaikan, hanya Allah saja yang mengetahui siapa yang diberi petunjuk. Hal itu jelas disebut dalam surah An-Nahl; 125,
“Serulah mereka ke jalan Tuhanmu dengan hikmah dan nasihat yang baik serta bantahlah mereka dengan cara yang lebih baik. Sesungguhnya Tuhanmu adalah yang lebih mengetahui siapa yang tersesat daripada jalan-Nya dan yang lebih mengetahui orang-orang yang mendapat petunjuk.”
Tugas kita hanya menyampaikan saja, sama ada mesej itu berjaya mengubah orang lain bukan tanggung jawab kita sebagai manusia. Kita kena menyeru manusia ke jalan Tuhan dengan cara hikmah dan nasihat yang baik. Maksudnya dengan cara hikmah dan nasihat baik hanya kepada orang beriman.
Namun kepada orang kafir kita berhujah dengan lebih tegas dan tidak boleh berbuat baik. Walau bagaimana baik sekali pun mereka tetap kafir dan orang-orang yang tidak boleh dipercayai keyakinannya untuk berbaik dengan kita dalam sekelip mata mereka boleh berbuat jahat.
Kalau hendak menyeru, tanggung jawab yang paling utama adalah kepada orang beriman. Kalau mempunyai kemampuan bolehlah pergi kepada orang yang tidak beriman. Sesama Islam tidak boleh bercakap kasar untuk menasihati. Wallahu a’lam Utv
Kerana Anggota Badan Inilah Kita Ke Syurga Atau Ke Neraka
Baca Artikel Menarik :
- Kajian ganja, ketum perlu diluluskan
- Pemandu Honda Civic ‘Koyak’, Lepas Geram Baling Botol Air
- Kenyataan “Allah Makhluk Halus”, Pengasas Kek MamaSab Mohon Maaf
- Lelaki ditembak mati ketika cuba rempuh polis
- Instafamous Indonesia Laura Anna meninggal dunia
- Agnel mengaku ‘main’ dengan anak gadis jurulatih
- Bekas MB Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim Dengan Penampilan Tampak Berbeza
- Semua Ahli Parlimen dipanggil untuk diberi penjelasan isu 5G
- Kumpulan belia bantah pindaan akta berkait SOP Covid-19
- Gangguan bekalan air di 463 kawasan sekitar Lembah Klang
- Sambutan besar-besaran Krismas, Tahun Baharu dilarang
Layari Laman Facebook MYKMU</a
Pembida Harta Sajat Larikan Diri Rupa-Rupanya PA Aliff Syukri?
You must be logged in to post a comment.