Tembakan dilepaskan selepas suspek capai senapang patah

Keadaan kereta dipandu suspek selepas cuba melarikan diri daripada pemeriksaan polis. – Foto MEDIA SOSIAL

KUCHING – Pihak polis terpaksa melepaskan dua das tembakan ke arah seorang suspek yang cuba melarikan diri daripada pemeriksaan selepas lelaki itu dilihat memegang selaras senapang patah ketika cuba dihampiri semalam.

Pesuruhjaya Polis Sarawak Datuk Aidi Ismail memaklumkan, selepas kereta jenis Proton Saga dipandu suspek berjaya dihentikan dengan tiga das tembakan di tayar, anggota polis telah cuba menghampirinya untuk diperiksa dan terlihat suspek sedang memegang selaras senapang patah.

“Ketika cuba menghampiri kereta itu, tiba-tiba anggota polis terlihat suspek memegang selaras senjata api dan untuk mempertahankan diri, sebanyak dua das tembakan telah dilepaskan ke arah suspek.

“Dalam kejadian itu, pihak polis telah merampas senapang patah tersebut dan beberapa butir peluru hidup dari dalam kenderaan dipandu suspek yang disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh pegawai perubatan,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Menurut Aidi, semakan rekod mendapati si mati yang merupakan warga tempatan berusia 24 tahun mempunyai 14 rekod jenayah lampau dengan pelbagai kesalahan jenayah seperti curi kenderaan, penipuan dan penyalahgunaan dadah.

“Kesemua lima anggota polis yang terlibat juga telah ditukarkan serta merta dan ditempatkan di Bahagian Pentadbiran Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuching sehingga menunggu siasatan selesai dijalankan.

“Siasatan berhubung kejadian dijalankan di bawah Seksyen 307 Kanun Keseksaan serta Seksyen 8(a) Akta Senjatapi 1960 dan pihak polis menasihati orang awam agar tidak membuat sebarang spekulasi mengenai kejadian itu agar tidak menjejaskan siasatan selain demi menghormati keluarga si mati,” ujar beliau.

Terdahulu, Aidi sebelum ini dilaporkan mengesahkan kejadian anggota polis trafik IPD Kuching yang melepaskan tembakan ketika cuba menahan sebuah kereta selepas ia dipandu dalam keadaan bahaya di Jalan Simpang Tiga Kuching, di sini semalam.

Aidi berkata, kejadian berlaku kira-kira pukul 7.20 petang semalam ketika pasukan peronda sedang melakukan tugas rondaan di Jalan Wan Alwi di sini dan terserempak dengan sebuah Proton Saga yang dipandu dalam keadaan mencurigakan.

“Pasukan peronda telah mengarahkan pemandu untuk berhenti dan diperiksa namun suspek sebaliknya memecut dan cuba melarikan diri malah kereta dipandunya turut melanggar lima buah kenderaan milik orang awam di persimpangan lampu isyarat di Jalan Simpang Tiga.

“Demi menjaga keselamatan dan harta benda orang awam, sebanyak tiga das tembakan telah dilepaskan ke arah tayar kenderaan dipandu suspek dan menyebabkan kenderaan itu berhenti,” ujar beliau. – K! ONLINE

Tembakan dilepaskan selepas suspek capai senapang patah


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Pembida Harta Sajat Larikan Diri Rupa-Rupanya PA Aliff Syukri?

Related Articles

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker