Lanjutkan Moratorium Sehingga COVID-19 Selesai, Cadang Ahmad Maslan

Lanjutkan Moratorium Sehingga COVID-19 Selesai, Cadang Ahmad Maslan

Setiausaha Agung UMNO Datuk Seri Ahmad Maslan mencadangkan agar pemberian moratorium dilanjutkan sehingga COVID-19 yang melanda negara benar-benar selesai.

Ahmad yang juga Ahli Parlimen Pontian memberi cadangan berikut ketika menyentuh mengenai Fasal 4 pindaan Rang Undang-undang (RUU) Langkah-langkah Sementara Bagi Mengurangkan Kesan Penyakit Koronavirus di Dewan Rakyat di sini hari ini.

Tambahnya, ia boleh dilaksanakan bersandarkan kepada Fasal 4 RUU tersebut iaitu mengenai mana-mana pihak untuk melaksanakan apa-apa obligasi kontraksual yang timbul dari apa-apa kontrak yang disebabkan oleh langkah-langkah yang ditetapkan boleh mengguna penyelesaian secara perantaraan atau ‘mediation’.

“Apa yang saya ingin tanya dan mohon penjelasan ialah bagaimana dengan moratorium pinjaman bayaran balik untuk rumah, kereta dan perniagaan adakah segalanya itu boleh menggunakan penyelesaian secara perantaraan supaya mereka yang terlibat dalam masalah tetapi sukar untuk membayar balik pinjaman.

“Dan apabila telah ditarik balik moratorium pinjaman mereka akan mula membayarnya dan ini satu bebanan daripada rakyat sebab COVID ini belum selesai sepenuhnya. Ada pula entah apa lagi varian selepas ini.

“Jadi kalau kita hanya menghadkan waktu 1 Jan 2021 hingga 31 Dis 2021 ia tidak boleh dianggap membantu kerana pada tahun depan pun yang hanya beberapa hari lagi, penyakit ini masih belum selesai,” katanya.

Justeru, beliau mengharapkan agar pelanjutan moratorium diberi pertimbangan untuk membantu golongan yang terjejas terutama dari kalangan B40, M40 dan perusahaan kecil dan sederhana (PKS).

“Oleh itu saya ingin mencadangkan supaya apa yang hendak kita pinda ini waktunya itu hendaklah dilanjutkan sehingga COVID benar-benar selesai.

“Supaya apabila moratorium yang ada kontrak, kena bayar selepas itu, katalah kena bayar mulai bulan satu…dua…tiga, rakyat masih lagi boleh memohon ehsan, pertimbangan daripada pihak bank supaya mereka boleh dilanjutkan moratorium pinjaman balik atas kes-kes tertentu,” katanya lagi. – UMNO ONLINE

Lanjutkan Moratorium Sehingga COVID-19 Selesai, Cadang Ahmad Maslan

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Haris tegur Neelofa ‘headbanging’ masa dengar muzik

Pembida Harta Sajat Larikan Diri Rupa-Rupanya PA Aliff Syukri?

Related Articles

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker