Bunuh jururawat, lelaki Nigeria dipenjara 35 tahun dan 12 kali sebatan

Bunuh jururawat, lelaki Nigeria dipenjara 35 tahun dan 12 kali sebatan

Seorang lelaki warga Nigeria terlepas tali gantung selepas Mahkamah Rayuan menggantikan hukuman mati yang dijatuhkan terhadapnya kepada hukuman penjara 35 tahun kerana membunuh ketua jururawat Hospital Serdang empat tahun lalu.

Panel tiga hakim Mahkamah Rayuan terdiri daripada Vazeer Alam Mydin Meera, Ahmad Zaidi Ibrahim dan SM Komathy Suppiah turut memerintahkan Alowonle Oluwajuwon Gilbert dikenakan 12 sebatan.

Lelaki berusia 40 tahun itu diperintahkan untuk memulakan hukuman penjara dari tarikh dia ditangkap pada 16 Mei 2019.

Vazeer, yang menyampaikan keputusan sebulat suara mahkamah, menolak rayuan Gilbert terhadap sabitan membunuh selepas memutuskan bahawa sabitannya membunuh Siti Kharina Mohd Kamarudin selamat untuk dikekalkan.

Beliau berkata, tiada keperluan bagi mahkamah untuk mempertimbangkan sama ada pembelaan berkanun lain digunakan untuk Gilbert kerana hakim perbicaraan menolak pembelaan alibinya (Gilbert).

Mahkamah Rayuan juga tidak menemui sebarang pembelaan berkanun yang boleh dikenakan terhadap Gilbert, katanya.

Mengenai hukuman, hakim itu berkata tiada bukti yang diselindung oleh pihak pendakwaan kerana tidak memberikan keseluruhan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di Kondominium Third Avenue di Cyberjaya, untuk beberapa hari selepas kejadian itu, kepada pihak pembelaan.

Sekiranya rakaman itu penting untuk kes pembelaan, Gilbert sepatutnya membuat permohonan untuk mendapatkannya, kata beliau.

Hakim bagaimanapun berkata susulan pindaan kepada Seksyen 302 Kanun Keseksaan, mahkamah bersetuju dengan peguam Afifuddin Ahmad Hafifi bahawa hukuman mati perlu diringankan kepada hukuman penjara berdasarkan keadaan dan fakta kes.

“Kami mengetepikan hukuman mati dan menggantikannya dengan penjara 35 tahun dari tarikh tangkap dan dia juga akan dikenakan 12 sebatan,” katanya.

Pada 4 Ogos 2021, Mahkamah Tinggi di Shah Alam mendapati Gilbert bersalah kerana membunuh Siti Kharina di sebuah unit Kondominium Third Avenue di Cyberjaya antara 12.41 pagi pada 9 Mei dan 2.30 petang pada 15 Mei 2019 dan telah menjatuhkan hukuman mati.

Terdahulu dalam prosiding hari ini, Afifuddin berkata Gilbert dan arwah adalah pasangan kekasih.

Beliau berkata, tiada bukti bahawa pembunuhan itu dirancang terlebih dahulu dan memandangkan darah Gilbert ditemui pada pakaiannya serta di tempat kejadian, pergaduhan secara tiba-tiba mungkin berlaku sehingga tercetus pergelutan antara anak guamnya dan si mati.

Hakim perbicaraan, katanya mempunyai kuasa untuk mensabitkan Gilbert atas pertuduhan lebih ringan seperti menyebabkan kematian tanpa niat membunuh.

Timbalan Pendakwa Raya P Sarulatha berhujah bahawa hakim perbicaraan tidak perlu mempertimbangkan pembelaan berkanun lain kerana Gilbert memilih untuk pembelaan alibi.

Tiada keperluan untuk menyediakan rakaman penuh CCTV kerana tiada pergerakan di kawasan kondominium selepas kejadian itu, katanya. FMT

Bunuh jururawat, lelaki Nigeria dipenjara 35 tahun dan 12 kali sebatan

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Fauzi Nawawi jelaskan isu isterinya terpaksa gadai barang kemas dan kereta ditarik

Pakai bra dengan sweater terbuka, apa nak jadi budak sekarang

Anak bertudung tanpa disuruh buat Nabil gembira

Joy Revfa bimbang di sondol, ada yang bagi video separuh bogel

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker