Caj RM1 pengeluaran wang mesin ATM dikenakan semula Februari 2022

Caj RM1 pengeluaran wang mesin ATM dikenakan semula Februari 2022

Caj pengeluaran RM1 bagi pengeluaran wang tunai antara bank di mesin pengeluaran wang automatik (ATM) melibatkan beberapa buah bank di negara ini akan kembali berkuatkuasa mulai Februari tahun depan.

Awal hari ini, CIMB Malaysia mengeluarkan satu kenyataan di laman sosial memaklumkan mengenai perkara berkenaan kepada para pelanggan mereka.

“Berkuatkuasa pada 1 Februari 2022, caj transaksi RM1 akan dikenakan ke atas pengeluaran wang tunai antara bank untuk transaksi yang dilakukan di ATM atau mesin layan diri bukan CIMB Bank atau CIMB Islamic.

“Anda (pelanggan) masih boleh mengeluarkan wang tunai tanpa caj di mesin ATM atau mesin layan diri CIMB,” katanya.

Kenyataan yang dikeluarkan oleh bank mengenai caj pengeluaran RM1 antara bank bermula 22 Februari depan.
Dalam pada itu, Maybank turut mengeluarkan kenyataan yang sama mengenai caj pengeluaran RM1 antara bank yang akan mula berkuat kuasa pada tarikh sama.

“Dimaklumkan bahawa berkuat kuasa pada 1 Februari 2022, caj pengeluaran RM1 antara bank di ATM akan dikembalikan.

Kenyataan yang dikeluarkan oleh bank mengenai caj pengeluaran RM1 antara bank bermula 22 Februari depan.
“Bagi pelanggan Maybank boleh terus melakukan transaksi pengeluaran tunai di ATM Maybank secara percuma,” katanya.

Berdasarkan carian di laman sosial, antara bank-bank lain yang turut mengumumkan mengenai caj pengeluaran RM1 antara bank adalah melibatkan Citibank dan Kuwait Finance House (KFH).

Sementara itu, rata-rata warganet terkejut dengan pengumuman berkenaan kerana menganggap ia dilakukan mendadak sedangkan negara masih lagi dibelenggu pandemik Covid-19.

Sebilangan daripada mereka jelas tidak bersetuju dan memohon pihak bank meneliti semula keputusan tersebut.

Ini kerana mereka mendakwa tiada pengumuman rasmi yang dibuat oleh kerajaan setakat ini mengenai caj pengeluaran RM1 antara bank yang akan kembalikan.

Pada April tahun lalu, media melaporkan kerajaan memberi pengecualian caj pengeluaran RM1 di semua mesin Malaysian Electronic Payment System Sdn Bhd (MEPS) berkuat kuasa pada 6 April 2020.

Pengumuman itu dibuat oleh Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob ketika beliau menjawat jawatan sebagai Menteri Kanan Keselamatan yang menjelaskan, langkah berkenaan dibuat bagi memastikan orang ramai tidak berpusu-pusu membuat pengeluaran menerusi kaunter juruwang.

“Oleh itu, kerajaan memutuskan semua institusi perbankan dan ‘paynet’, akan mengecualikan caj pengeluaran wang di semua rangkaian MEPS, berkuat kuasa 6 April ini hingga tamat tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

“Ini akan memberi ruang dan kemudahan untuk rakyat menggunakan mesin ATM yang disediakan tanpa mereka perlu berpusu-pusu ke bank semata-mata ingin mengeluarkan wang,” katanya. MG

Caj RM1 pengeluaran wang mesin ATM dikenakan semula Februari 2022


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU</a


MLM 2021: Bahye bakal juara?

Restoran terkenal di Ipoh disahkan JAIPk tiada sijil halal

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker