Terima Lebih 1.5 Juta Tanda ‘Dislike’πŸ‘Ž Untuk Teaser Filem The Little Mermaid [VIDEO]

YouTube Terpaksa Tutup Jumlah Sebenar Angka Dislike

Terima Lebih 1.5 Juta Tanda ‘Dislike’πŸ‘Ž Untuk Teaser Filem The Little Mermaid

TEASER filem live-adaptation The Little Mermaid telah mendapat lebih 1.5 juta dislike (tidak suka) selepas dua hari dimuat naik di YouTube .

Jumlah dislike yang terlalu banyak pada teaser berkenaan telah menyebabkan YouTube menutup jumlah sebenar angka dislike tersebut.



The Little Mermaid merupakan adaptasi filem Disney yang dibintangi oleh pelakon Halle Bailey, 22, sebagai Ariel, si ikan duyung.

Dan di sebalik ribuan peminat yang menunggu kemunculan teaser pertama filem itu, hasilnya menerima reaksi yang berbeza.

Walaupun YouTube telah menutup angka dislike, peminat menggunakan sambungan dan aplikasi yang boleh mendedahkan jumlah tersebut.



Ramai pengkritik mengecam Disney kerana visual yang dipaparkan tidak menampakkan puteri itu berada dalam air, manakala sebilangan yang lain mengkritik pengarah, Rob Marshall kerana memilih Bailey sebagai Ariel.

Sejak Disney mengumumkan Bailey akan memainkan watak berkenaan, ramai yang menunjukkan rasa tidak puas hati.

Kebanyakan reaksi dalam talian membabitkan isu perkauman, kerana Bailey adalah seorang gadis berkulit hitam manakala watak Ariel dalam karya asal adalah berkulit putih.

Selain Bailey, pelakon lain yang terlibat ialah Jonah Hauer-King sebagai Principe Eric, dan Melissa McCarthy sebagai Ursula.



Filem itu akan menemui penonton pada Mei 2023.

Terima Lebih 1.5 Juta Tanda ‘Dislike’πŸ‘Ž Untuk Teaser Filem The Little Mermaid

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392



Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda




Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Arab Saudi Perkenalkan Robot Yang Mampu Sampaikan Khutbah Daripada Imam Dan Muazin



Majlis Peguam β€˜kurang ajar’ – Zaid

Melur Untuk Firdaus kembali untuk musim ke-2, netizen tak setuju

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker