d-Kocek, aplikasi e dompet terbaru

Sebaran :

d-Kocek, aplikasi e dompet terbaru

MUTAKHIR ini dunia digitalisasi menjadi sebahagian daripada kehidupan manusia.

Pelbagai ekosistem aplikasi dibangunkan bagi memudahkan urusan kita semua, antaranya adalah e dompet.

Dalam usaha menggalakkan komuniti bersama menuju ke dunia digitalisasi, Paradise Linx Sdn. Bhd. telah membangunkan aplikasi e-dompet yang dijenamakan sebagai d-Kocek.



Aplikasi itu dibangunkan di bawah Program Komuniti Paradiselinx yang menggabungkan pelbagai kemudahan digital sekali gus menyahut seruan kerajaan ke arah digitalisasi komuniti dengan membuat transaksi tanpa tunai.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Nordin Othman berkata, implementasi program itu bertujuan menambah baik sistem pengurusan komuniti dari sudut pengurusan ahli, mengembangkan ekosistem ekonomi dan pada masa sama menjaga kebajikan ahli komuniti program itu.


NORDIN menunjukkan aplikasi d-Kocek yang dibangunkan oleh Paradise Linx Sdn. Bhd. dengan kerjasama Fass Payment Solution Sdn. Bhd. (Fasspay).

Menurutnya, dia mahu mendigitalisasikan sistem pengurusan komuniti ke arah yang lebih kompetitif dan mahu setiap ahli menyesuaikan diri dengan perkembangan teknologi.



“Melalui program ini juga setiap ahli komuniti berdaftar akan diberi kemudahan portal data ahli di mana ia memudahkan pengurusan data ahli.

“Sehubungan itu, kami turut menghasilkan aplikasi e-dompet iaitu d-Kocek yang dibangunkan dengan kerjasama Fass Payment Solution Sdn. Bhd. (Fasspay) yang mempunyai ciri- cirinya tersendiri,” katanya.

Tambahnya, apa yang unik, aplikasi itu juga dihubungkan dengan kad prabayar Visa yang akan dimiliki oleh setiap ahli komuniti yang menyertai program tersebut.

Dalam pada itu, antara fungsi yang ada pada aplikasi tersebut termasuk kemudahan pembayaran, pemindahan wang, pembayaran bil dan lain-lain lagi.



Ia mudah, cepat dan selamat untuk digunakan.


APLIKASI d-Kocek unik kerana turut dihubungkan dengan kad perabayar VISA.

Sementara itu, bagi kad prabayar yang dihubungkan dengan aplikasi tersebut juga mempunyai kemudahan ‘Paywave’ dan turut boleh digunakan di mana-mana mesin ATM seluruh dunia untuk tujuan pengeluaran wang.

Selain boleh menggunakan aplikasi d-Kocek, setiap ahli komuniti yang berdaftar turut akan diberi kemudahan kad prabayar itu.

“Dunia di hujung jari, itulah yang kita alami masa kini dan aplikasi d-Kocek ini sebenarnya memudahkan urusan pengguna kerana mereka sudah tidak perlu membawa wang tunai lagi.

“Fungsi-fungsi yang ada dalam aplikasi ini memenuhi keperluan pengguna. Melalui program ini diharapkan kami dapat membentuk masyarakat tanpa tunai atau cashless society,” ulasnya.

Sementara itu, Nordin berkata, pengguna yang menyertai program tersebut bukan hanya dapat menggunakan kemudahan aplikasi dan kad prabayar sahaja, malah mereka juga turut menerima manfaat lain.

“Melalui program ini kami menyediakan kemudahan kebajikan kepada peserta dalam bentuk pampasan kemalangan, pampasan ilat kekal dan skim dana pengurusan jenazah takaful yang unik dan patuh syariah.

“Tetapi untuk mendapatkan manfaat ini dan kelebihan lain yang ada pada aplikasi, pengguna harus menjadi sebahagian daripada peserta program terlebih dahulu,” jelasnya. K Online

d-Kocek, aplikasi e dompet terbaru


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU</a


MLM 2021: Bahye bakal juara?

Restoran terkenal di Ipoh disahkan JAIPk tiada sijil halal


Sebaran :

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *