Sentuh Hajar Aswad secara maya

Sentuh Hajar Aswad secara maya

ARAB Saudi dilaporkan telah melancarkan satu inisiatif yang membolehkan para jemaah menyentuh Hajar Aswad secara maya.

Memetik laporan Berita Media Corp, pihak berkuasa Jabatan Tapak Suci Islam telah melancarkan inisiatif “Virtual Black Stone” (Hajar Aswad maya) yang membolehkan batu hitam tersebut disentuh secara maya menerusi kemudahan teknologi realiti maya atau VR.

Inisiatif tersebut telah dilancarkan oleh Presiden Umum Hal Ehwal Masjidil Haram dan Masjid Nabawi, Sheikh Dr. Abdul Rahman bin Abdulaziz Al-Sudais di pejabatnya.

Sheikh Dr. Abdul Rahman berharap inisiatif tersebut dapat mewujudkan simulasi keadaan sebenar dengan memanfaatkan realiti maya (VR) dan pengalamanan digital.

Dalam pada itu, beliau turut menekankan pentingnya untuk mewujudkan suasana alam maya untuk merangsang sebanyak mungkin deria seperti daya penglihatan, pendengaran, sentuhan dan suasana di sekelilingnya demi merangkumi bidang kuasa di bawah penjaga dua masjid suci.

“Apa yang dilakukan oleh kerajaan pimpinan Penjaga Dua Masjid Suci itu di seluruh dunia, baik menerusi dunia maya mahupun mewujudkan simulasi dunia nyata adalah benar dan mutlak,” katanya.-SM

Sentuh Hajar Aswad secara maya


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU</a


Honda Civic 2022 serba baharu

MLM 2021: Rosyam jawab kritikan diterima

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker