Wang lebur terperdaya tawaran kerja sambilan


KUANTAN – Teruja dengan tawaran kerja sambilan menerusi platform dalam talian yang diiklankan di laman sosial, seorang wanita rugi sebanyak RM34,936.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial negeri, Superintendan Mohd Wazir Mohd Yusof berkata, mangsa berusia 34 tahun yang merupakan pembantu tadbir sebuah syarikat swasta tertarik untuk menyertai kerja sambilan tersebut selepas melihat iklan berkenaan pada November lalu.

Beliau berkata, mangsa kemudian berurusan dengan seorang wanita yang merupakan suspek melalui WhatsApp dan diterima untuk menyertainya dengan tawaran komisen sebanyak 20 peratus.

“Tugasan diberikan cukup mudah iaitu mangsa hanya perlu membuat tangkap layar gambar produk yang ingin dibeli dan menghantarnya kepada suspek bersama wang pendahuluan.

“Selain wang pendahuluan akan dikembalikan, mangsa akan menerima keuntungan melalui komisen mengikut kadar ditetapkan.

“Mangsa membuat tugasan pertama dengan bayaran RM30 dan wang yang diterima kembali ialah RM33,” katanya melalui satu kenyataan pada Sabtu.

Mohd Wazir berkata, mangsa kemudian menyelesaikan beberapa tugasan dengan bayaran pendahuluan lebih RM34,000.

“Malangnya, dia gagal menerima kembali wang pendahuluan dan komisen yang dijanjikan.

“Mangsa tampil membuat laporan di Balai Polis Kuantan pada Jumaat selepas menyedari ditipu,” ujarnya.

Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

“Polis sedang mengesan dua pemilik akaun bank yang digunakan dalam kes tersebut bagi membantu siasatan,” kata beliau.

Wang lebur terperdaya tawaran kerja sambilan


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Berjoget lepas sah cerai depan pejabat agama

‘Asean Lady’ Milik Vincent Tan Akan Dijual Pada Harga RM143 Juta

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker