Pisang sesikat berharga RM1,234.56?

Pisang sesikat berharga RM1,234.56?

Kota Bharu: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Kelantan menyelesaikan kes aduan seorang warga emas berusia 60 tahun yang tersalah membayar sesikat pisang dengan harga RM1,234.56.

Ketua Pegawai Penguat Kuasa Negeri KPDNHEP Kelantan Azanizam Affendi Juri berkata, pihaknya menyelesaikan aduan itu semalam.



Katanya, lelaki berkenaan membeli sesikat pisang seberat lebih sekilogram di kedai runcit di bandar Kota Bharu dengan harga RM1,234.56 pada 10 November lalu.

“Lelaki itu membayar harga buah itu dengan menggunakan aplikasi e-wallet dan tersilap menekan harga yang sepatutnya hanya RM7.30 sahaja untuk sesikat pisang. Namun, kejadian itu disedari sebaik sahaja dia pulang ke rumah.

“Warga emas itu kemudian memaklumkan kepada pihak kedai runcit dan difahamkan kedai itu sudah bertukar pemilik.

“Mangsa kemudian membuat aduan kepada KPDNHEP Selasa lalu beserta bukti transaksi yang dibuat. Siasatan dijalankan mengikut Akta Perlindungan Pengguna 1999,” katanya menerusi kenyataan di sini, hari ini.



Beliau berkata, hasil perbincangan oleh pegawai penguat kuasa KPDNHEP, pemilik kedai runcit membayar balik kepada pengadu lebihan bayaran berjumlah RM1,227.27 dan hanya mengenakan bayaran RM7.30 bagi pisang yang dijual.

Azanizam berkata, KPDNHEP mengingatkan pengguna sentiasa membuat semakan semula selepas pembayaran dibuat. HM

Pisang sesikat berharga RM1,234.56?


Baca Artikel Menarik :



Layari Laman Facebook MYKMU</a


Berjoget lepas sah cerai depan pejabat agama

‘Asean Lady’ Milik Vincent Tan Akan Dijual Pada Harga RM143 Juta



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker