Mesyuarat sayap UMNO medan cambah buah fikiran: Ismail Sabri

Perdana Menteri dalam catatan di Facebook rasminya pada Sabtu.

KUALA LUMPUR – Semua perwakilan Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO Bahagian di seluruh negara yang memulakan mesyuarat pada Sabtu diajak untuk menjadikan ia sebagai medan percambahan buah fikiran agar parti terus menjadi tiang rakyat.

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, ini kerana UMNO selamanya menjadi wadah rakyat yang memayungi kesejahteraan nusa dan bangsa.

“Bulatkan tekad demi perjuangan agama, bangsa dan tanah air yang kita cintai,” kata Perdana Menteri dalam catatan di Facebook rasminya pada Sabtu.

Ismail Sabri turut mengucapkan selamat bersidang kepada semua sayap berkenaan.



Mesyuarat Perwakilan Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO Bahagian berlangsung selama dua hari bermula Sabtu sebelum disusuli Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian pada 18 Disember ini.

Perhimpunan Agung UMNO 2021 pula dijadual diadakan selama tiga hari bermula 13 Januari tahun hadapan. – Bernama

Mesyuarat sayap UMNO medan cambah buah fikiran: Ismail Sabri


Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET


PrnSarawak: Tiong nafi dakwaan beli satu undi RM500



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker