PrnSarawak: Tiong nafi dakwaan beli satu undi RM500

PrnSarawak: Tiong nafi dakwaan beli satu undi RM500

Calon Parti Gabungan Sarawak (GPS) di Dewan Undangan Negeri (DUN) Dudong, Tiong King Sing, mengingatkan pihak tidak bertanggungjawab supaya berhenti menuduhnya membeli undi, seperti tersebar di laman media sosial, baru-baru ini.

Presiden Parti Demokratik Progresif (PDP) itu, berkata beliau mahu rakyat menyokong atas khidmat bakti yang telah diberikan, bukan melalui beli undi.



Katanya, taktik kotor seperti itu dilakukan demi memenangi kerusi tersebut, namun beliau berharap supaya rakyat tidak terpengaruh dengan dakwaan itu.

“Saya sudah lima penggal menjadi Ahli Parlimen Bintulu dan tidak pernah beli undi daripada rakyat. Apabila saya melawat Dudong, saya terkejut apabila ditanya mengenai pemberian mesin rumput dan peralatan lain kepada penduduk di sana. Cerita ini sudah mula tersebar.

“Ada daripada penduduk menunjukkan mesej mengenai setiap pintu rumah panjang mendapat RM1,000, sekiranya meletakkan nama untuk menyokong saya.

“Bukan itu sahaja, ada yang menuduh saya membeli satu undi pada harga RM500. Saya tegaskan di sini, untuk kaum Melayu, Iban, Cina yang berada di Dudong, mesej tersebut bukan daripada saya ataupun daripada parti GPS,” katanya dalam satu video yang dimuat naik menerusi Facebooknya.



Beliau berkata, matlamat utama beliau ialah mahu semua rakyat bekerjasama dengan memberi peluang kepada GPS pada 18 Dis.

“Beri peluang kepada saya dan kita bangunkan era terbaik pada masa hadapan untuk kawasan Dudong,” katanya. FMT

PrnSarawak: Tiong nafi dakwaan beli satu undi RM500


Baca Artikel Menarik :



Layari Laman Facebook MYKMU</a


Berjoget lepas sah cerai depan pejabat agama

‘Asean Lady’ Milik Vincent Tan Akan Dijual Pada Harga RM143 Juta



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker