Remaja mati akibat pendarahan, perogol guna ubat perangsang seks

Remaja mati akibat pendarahan, perogol guna ubat perangsang seks

Seorang gadis berusia 17 tahun maut akibat pendarahan teruk selepas disyaki dirogol oleh suspek lelaki yang memberikan kapsul perangsang nafsu seks.

Insiden itu dilaporkan berlaku di daerah Anuppur Madhya Pradesh di India awal minggu ini.



Seorang pegawai kanan polis berkata, kejadian berlaku di sebuah kampung yang terletak di bawah kawalan balai polis Rajendragram pada malam Jumaat dan Sabtu.

Kapsul afrodisiak adalah dadah yang terdiri daripada pelbagai tumbuhan, makanan dan bahan kimia tertentu untuk merangsang dan meningkatkan keinginan seksual seseorang.

Ketua Pengarah Kanan Polis Zon Shadol, DC Sagar menyatakan ia merupakan insiden yang sangat menyedihkan serta mengejutkan masyarakat.

“Polis telah mempergiatkan usaha untuk mengesan dan mencekup suspek dan telah mengumumkan ganjaran 30,000 rupees kepada sesiapa membantu pihak berkuasa menahannya,” katanya.



Suspek dikenal pasti sebagai Yashwant Maravi dan masih bebas dan diburu polis.

Pegawai Balai Polis Rajendragram, Narendra Pal berkata, polis menerima panggilan kecemasan mengenai kematian mangsa pada Sabtu lalu dan kertas siasatan telah dibuka.

Siasatan awal dan laporan bedah siasat mendedahkan gadis malang itu dirogol dan meninggal dunia akibat pendarahan berlebihan dari bahagian alat sulitnya.

Bedah siasat juga mendedahkan mangsa diberikan beberapa kapsul afrodisiak.



Selepas insiden, mangsa yang pulang ke rumah telah mengalami kesakitan di bahagian sulit dan menceritakannya kepada ahli keluarganya sebelum mengalami pendarahan yang teruk dan telah meninggal dunia

Kes disiasat di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol, Seksyen 363, 366 Kanun Keseksaan kerana menculik dan Seksyen 304 Kanun Keseksaan India selain di bawah Akta Perlindungan Kanak-Kanak daripada Kesalahan Seksual (POCSO) India.

Dalam pada itu penduduk kampung berkenaan berkumpul beramai-ramai di hadapan Balai Polis Rajendragram dan mengecam sikap polis bersikap sambil lewa dan tidak serius dalam mencari suspek yang masih bebas itu. MG

Remaja mati akibat pendarahan, perogol guna ubat perangsang seks




Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU</a


Berjoget lepas sah cerai depan pejabat agama



‘Asean Lady’ Milik Vincent Tan Akan Dijual Pada Harga RM143 Juta

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker