Bumbung sekolah runtuh

Bumbung sekolah runtuh

MUAR: Bumbung sebuah blok Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Seri Menanti di sini runtuh, kelmarin.

Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, berkata kejadian berlaku ketika sesi persekolahan dan semua pelajar sedang menjalani waktu rehat.



“Saya difahamkan tiada kemalangan jiwa. Dua buah blok sekolah berkenaan ketika itu terbabit dalam proses baik pulih bumbung, susulan strukturnya yang sudah uzur.

“Kerja menukar bumbung bermula sejak sesi persekolahan dibuka dan kedua-dua bangunan berkenaan masih belum digunakan lagi,” katanya ketika dihubungi.

Syed Saddiq berkata, runtuhan bumbung membabitkan sebuah bangunan dan pihak sekolah sudah menyerahkan isu berkenaan kepada Kementerian Pendidikan dan Jabatan Kerja Raya (JKR) bagi tindakan lanjut.

Sementara itu, Pegawai Pejabat Pendidikan Daerah (PPD), Rahman Selamat, enggan mengulas kejadian berkenaan kerana masih dalam siasatan JKR. BH



Bumbung sekolah runtuh


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU</a


Berjoget lepas sah cerai depan pejabat agama



‘Asean Lady’ Milik Vincent Tan Akan Dijual Pada Harga RM143 Juta



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker