PrnSarawak: PH Sarawak mungkin bekerjasama dengan PSB

PrnSarawak: PH Sarawak mungkin bekerjasama dengan PSB

Pakatan Harapan (PH) Sarawak tidak menolak kemungkinan bekerjasama dengan Parti Sarawak Bersatu (PSB) selepas Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak ke-12, kata Pengerusi PH Sarawak Chong Chieng Jen.

Beliau yang juga Pengerusi DAP Negeri berkata fokus PH pada ketika ini adalah untuk memenangi seberapa banyak kerusi pada PRN, dan sebarang keputusan mengenai kerjasama akan ditentukan selepas itu.

“Setakat ini, segala usaha kami adalah untuk memenangi sebanyak mungkin kerusi Dewan Undangan negeri (DUN) dan apa yang berlaku selepas PRN kita akan bincang di antara DAP, PKR dan AMANAH mengenai arah hala tuju kita.

“Kami mahu (parti yang bekerjasama) percaya pada prinsip tadbir urus yang baik, ini harus dipersetujui oleh semua parti (yang mahu bekerjasama),” kata Chieng Jen yang bertanding di kerusi Padungan, dalam sidang media, hari ini.

Pada PRN Sarawak ke-12, PKR bertanding di 28 kerusi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN), DAP (26 kerusi) dan AMANAH lapan kerusi.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 18 Disember sebagai tarikh pengundian bagi PRN Sarawak. BH

PrnSarawak: PH Sarawak mungkin bekerjasama dengan PSB


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU</a


Berjoget lepas sah cerai depan pejabat agama

‘Asean Lady’ Milik Vincent Tan Akan Dijual Pada Harga RM143 Juta

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker