Muafakat Nasional, UMNO Selangor utus surat kepada Hadi

KUALA SELANGOR: Badan Perhubungan UMNO Selangor mengutus surat kepada Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang meminta Pas tidak bertembung dengan UMNO di negeri itu pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) akan datang.

Pengerusinya, Tan Sri Noh Omar berkata, permintaan itu dibuat bersandarkan fakta komposisi penduduk bumiputera dan kaum lain ini yang agak seimbang.

“Hasrat tersebut kita nyatakan pada Pas bagi mengelakkan pertembungan dengan parti tersebut di negeri ini hingga melibatkan tiga penjuru.

“Pada hakikatnya kita dan Pas di bawah Muafakat Nasional (MN) Selangor sehingga kini sentiasa berhubung dengan baik ,”katanya.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan  Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Tanjong Karang di Institut Pengurusan Peladang (IPP) di sini hari ini.

Noh berkata, sebelum menulis surat tersebut, beliau juga telah  menemui Abdul Hadi secara peribadi dalam tahun ini bagi mempertahankan kerjasama kedua parti tersebut di negeri ini.

“Kita ingin mengelakkan pertembungan tiga penjuru kerana ia boleh menyebabkan kekalahan kepada parti disebabkan pecahan pengundi yang menyokong calon masing-masing.

“Kita dengan ini akan terus mempertahankan kerjasama dengan Pas untuk negeri Selangor. Kita tidak mahu bertembung hingga menyebabkan parti lain yang menang,” ujarnya. -UTUSAN ONLINE

Muafakat Nasional, UMNO Selangor utus surat kepada Hadi


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


 

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker