Kes Buli MRSM: 6 pelajar dibebaskan dengan jaminan Polis

IPOH: Motif dan punca kejadian buli melibatkan pelajar Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Sultan Azlan Shah (SAS) Kuala Kangsar, masih dalam siasatan polis.

Ketua Polis Perak, Datuk Mior Faridalathrash Wahid berkata, setakat ini, polis telah selesai mengambil keterangan enam pelajar tingkatan satu yang dipercayai terlibat dalam kejadian itu.

Katanya, keenam-enam pelajar terbabit dibebaskan dengan jaminan polis hari ini.



“Motif kejadian masih dalam siasatan. Setakat ini, 10 pelajar lelaki telah dipanggil untuk beri keterangan. Enam daripada mereka sudah pun selesai dan empat lagi akan hadir pada malam ini.

“Kesemua mereka akan dibebaskan dengan jaminan polis sebaik siasatan selesai dijalankan,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Menurut beliau, daripada 10 pelajar yang dipanggil pihaknya, sembilan pelajar berusia 13 tahun manakala hanya seorang pelajar berusia 15 tahun.

Media sebelum ini melaporkan, lapan pelajar tingkatan satu termasuk mangsa dipanggil polis bagi membantu siasatan kes buli di sebuah sekolah berasrama penuh di Kuala Kangsar.



Turut dipanggil memberi keterangan ialah pemilik akaun media sosial yang menularkan rakaman kejadian itu.

Sehingga pagi tadi, enam daripada mereka telah ditahan selepas hadir ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Kangsar bagi dirakam percakapan.

Terdahulu, video berdurasi 10 saat tular dalam media sosial yang memaparkan seorang pelajar menumbuk seorang pelajar lain di dalam asrama.

Video tersebut tular di Twitter dan mendapat perhatian warganet dengan tontonan sebanyak 528 ribu serta lebih 30,000 perkongsian. – UTUSAN ONLINE



Kes Buli MRSM: 6 pelajar dibebaskan dengan jaminan Polis


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Mara gantung enam pelajar terbabit kes buli



 

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker