Jodoh Man United, Ronaldo tak panjang

Jodoh Man United, Ronaldo tak panjang

London: Gergasi Sepanyol, Real Madrid dilaporkan akan bersatu semula dengan penyerang Manchester United, Cristiano Ronaldo.

Real dikatakan percaya pelantikan Ralf Rangnick selaku pengurus United akan menunjukkan pintu keluar untuk sensasi Portugal itu pada jendela perpindahan pemain.

Sumber memberitahu Football Insider yang Real sedang memerhatikan situasi semasa Ronaldo dan mungkin akan menyambar pemain itu jika mereka mendapat galakan untuk berbuat demikian.

Laporan itu menyatakan Ronaldo mungkin akan berhijrah kerana dia tidak dapat menyesuaikan diri dengan takikal permainan pantas yang mahu diterapkan oleh Rangnick.

Perubahan taktikal itu jelas dapat dilihat ketika kali pertama Rangnick mengendalikan United yang mencatat kemenangan 1-0 ke atas Crystal Palace di saingan Liga Perdana.

Rangnick dilihat mahu mendapatkan pemain yang lebih cergas bagi membolehkannya menerapkan corak permainan pantas.

Ia mungkin berita baik untuk barisan pemain muda di dalam pasukan itu namun Ronaldo pada usia 36 tahun, nyata dilihat bukan pilihan utama.

Corak permainan pantas diterapkan Rangnick dilihat sesuai untuk pemain seperti Marcus Rashford yang dikaitkan dengan perpindahan ke Barcelona.

Ronaldo pernah meninggalkan United untuk ke Real pada 2009. Dia beraksi selama sembilan tahun di Bernabeu dan menjaringkan 450 gol sepanjang 438 perlawanan. HM

Jodoh Man United, Ronaldo tak panjang


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU</a


Berjoget lepas sah cerai depan pejabat agama

‘Asean Lady’ Milik Vincent Tan Akan Dijual Pada Harga RM143 Juta

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker