PRN Sarawak: PKR ditolak rakyat kerana penipu dan tiada integriti

SEBUYAU – Penolakan rakyat terhadap Parti Keadilan Rakyat (PKR) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka jelas menunjukkan kredibiliti parti itu untuk mentadbir negara sudah hilang.

Timbalan Ketua Menteri, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan berkata, rakyat di Semenanjung sendiri menolak memilih PKR, justeru mustahil untuk rakyat Sarawak memberikan sokongan kepada mereka pada PRN Sarawak nanti.

“PKR sudah ditolak oleh rakyat semasa PRN Melaka, mereka sudah hilang integriti. Jadi untuk apa rakyat Sarawak beri sokongan kepada parti itu sedangkan ia tidak membawa sebarang perubahan kepada Sarawak,” katanya kepada pemberita selepas menyempurnakan Majlis Penangguhan Kursus Kemahiran Keusahawanan Digital di Dewan Masyarakat Sebuyau di sini pada Jumaat.

Timbalan Presiden Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) itu berkata, setiap parti komponen dalam Gabungan Parti Sarawak (GPS) akan terus memperjuangkan hak dan kepentingan rakyat Sarawak.

Katanya, GPS mengetahui dan lebih memahami keperluan serta kehendak rakyat termasuk di luar bandar, pedalaman dan pinggir bandar.

“Kita akan terus memastikan Sarawak membangun, sekali gus meningkatkan kesejahteraan kepada rakyat,” ujarnya.

Pengerusi Lembaga Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Dr Wan Azizah Wan Ismail sebelum ini menyeru penyokong dan pengundi di Sarawak untuk memberi peluang kepada PKR dalam PRN Sarawak.

PRN Sarawak: PKR ditolak rakyat kerana penipu dan tiada integriti


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


PrnSarawak: Tiong nafi dakwaan beli satu undi RM500

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker