Isteri minta cerai kerana suami hanya berseluar dalam di rumah

KAHERAH, MESIR – Seorang isteri memfailkan tuntutan cerai terhadap suaminya kerana tidak tahan dengan sikap lelaki itu yang sering berjalan-jalan di dalam rumah dengan hanya memakai seluar dalam, lapor akhbar Gulf News semalam.

Menurut wanita tersebut, dia pernah meminta suaminya untuk menghormati dan memahami perasaannya yang kurang senang dengan sikap lelaki itu yang gemar berjalan-jalan di dalam rumah dengan hanya memakai seluar dalam.

“Saya berkata kepada suami bahawa saya memerlukan lebih banyak masa untuk membiasakan diri dan menghilangkan rasa malu, namun ia tidak berhasil.

“Suami memberitahu bahawa dia berada di rumahnya sendiri dan lebih selesa memakai hanya sedikit pakaian,” katanya.

Sebelum bercerai, pasangan yang baru berkahwin selama dua bulan itu bersetuju untuk memberikan ruang kepada satu sama lain untuk berfikir.

“Saya pulang ke rumah keluarga dan menunggu dia (suami) untuk menelefon dan bertanya khabar, namun dia tidak pernah melakukannya,” kata wanita tersebut.

Sikap tidak acuh lelaki itu terhadap perasaan si isteri menyebabkan wanita berkenaan memfailkan kes perceraian di mahkamah keluarga.

Kes pasangan itu masih dalam proses pengadilan. – AGENSI

Isteri minta cerai kerana suami hanya berseluar dalam di rumah


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Kongsi suara suami lafaz cerai buat ramai sebak

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker