Wanita tawar kokain, pam monyet ke dalam lubang tandas

LONDON – Seorang wanita mengaku bersalah selepas mendera monyet peliharaannya termasuk menawarkan haiwan itu dadah jenis kokain dan cuba mengepamnya ke dalam lubang tandas, lapor laman berita The Guardian semalam.

Berdasarkan perbicaraan di mahkamah, tertuduh, Vicki Holland didakwa bertindak agresif terhadap haiwan primat itu.

Menerusi satu rakaman video, sebelah tangan Holland dilihat memegang kokain sambil monyet itu menyorok di satu sudut di kediamannya di South Wales.

Holland turut didengar berkata, “Mahu sedikit coke (kokain)? Jilat jari saya.”

Sementara itu, dalam satu video lain pula, ibu kepada empat orang anak itu kedengaran ketawa ketika cuba mengepam monyet tersebut ke dalam lubang tandas.

Dalam masa sama, haiwan itu berpaut pada bahagian tepi mangkuk tandas tersebut sebelum Holland bertindak mengepam tandas itu.

Holland dilarang memelihara semua jenis haiwan seumur hidupnya selepas mengaku bersalah atas tiga kesalahan Akta Kebajikan Haiwan dan dikenakan hukuman penjara 12 minggu.

Dia juga diarah membayar kos sebanyak £420 (RM2,348) dan surcaj mangsa sebanyak £128 (RM715.65).

Peguam, Scott Bowen berkata, anak guamnya berasa amat malu dengan kelakuannya dan menambah bahawa monyet tersebut mengalami tekanan namun, tiada kesakitan jangka panjang. – Agensi

Wanita tawar kokain, pam monyet ke dalam lubang tandas


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Tindakan tegas! Marsyal tanpa ada polis akan ditangkap serta-merta

Related Articles

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker