GPS tunggu tindakan Bersatu ke atas Ali Biju

GPS tunggu tindakan Bersatu ke atas Ali Biju

Gabungan Parti Sarawak (GPS) kecewa dengan tindakan Naib Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Sarawak, Datuk Ali Biju yang bertanding sebagai calon Bebas bagi mempertahan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Krian.

Pengerusi GPS, Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, tindakan Ali telah melanggar perjanjian yang dibuat bersama Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang memberi jaminan partinya tidak akan terlibat dalam Pilihan Raya Negeri Negeri (PRN) Sarawak Ke-12.

Katanya, pada masa ini, pihaknya menunggu apakah bentuk tindakan yang bakal diambil Bersatu terhadap Ali.

“Tan Sri Muhyiddin telah membuat kenyataan media yang dia akan ambil tindakan tertentu kepada Ali Biju, jadi kita tunggu.

“Sudah tentu saya kecewa kerana ada perjanjian tertentu kerana dia (Muhyiddin) beritahu tiada calon Bersatu dalam PRN,” katanya dalam sidang akhbar selepas melancarkan Manifesto GPS, di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK), di sini malam ini.

Isnin lalu, Ali Biju yang juga Timbalan Menteri Tenaga dan Sumber Asli membuat kejutan apabila tampil bertanding sebagai calon Bebas di Krian. Keputusan itu bercanggah dengan kenyataannya sebelum ini yang menafikan beliau akan menyerahkan kerusi itu kepada GPS.

Tindakannya itu antara lain bertentangan dengan pendirian Muhyiddin yang memutuskan tidak bertanding pada PRN kali ini, sebaliknya memberi sokongan kepada GPS.

Ali berdepan saingan empat penjuru daripada calon GPS, Friday Belik; calon Parti Sarawak Bersatu (PSB), Musa Dinggat dan calon Parti Bumi Kenyalang (PBK), Danny Kuan.

Ali adalah penyandang kerusi DUN Krian selama dua penggal apabila meraih undi terbanyak pada PRN 2011 dan 2016 ketika mewakili PKR. Pada 2016, beliau menewaskan calon Barisan Nasional (BN), Kilat Beriak dengan majoriti 1,640 undi. Utusan

GPS tunggu tindakan Bersatu ke atas Ali Biju


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU</a


Tarikh Pengumuman Kadar Jumlah Bonus Dan Dividen ASB 2021

Tolak cinta, kereta dibakar [VIDEO]

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker