Najib terus berjuang, tidak sesekali akan mengalah

Najib Razak

SHAH ALAM – Mahkamah Rayuan pada Rabu telah mengekalkan hukuman terhadap Datuk Seri Najib Tun Razak atas tuduhan membabitkan penyelewengan dana RM42 juta milik syarikat SRC International Sdn Bhd.

Ia menyaksikan hukuman 12 tahun penjara dan denda RM210 juta masih kekal ke atas bekas Perdana Menteri keenam itu dan menolak 307 alasan mengapa beliau tidak bersalah atas tujuh pertuduhan membabitkan dana SRC itu.

Panel tiga hakim Mahkamah Rayuan dipengerusikan Hakim Datuk Abdul Karim Abdul Jalil, Datuk Has Zanah Mehat dan Datuk Vazeer Alam Mydin Meera menjelaskan bagi pertuduhan menyalahgunakan kedudukan, pemindahan RM42 juta daripada SRC International ke akaun Najib tidak diklasifikasikan sebagai kepentingan negara.

Dalam kes melibatkan pecah amanah jenayah (CBT), bukti menunjukkan Najib yang merupakan Perdana Menteri ketika itu, mempunyai kuasa untuk melantik dan memecat pengarah dan bukti juga menunjukkan pengarah SRC mengikut arahan Najib.

Panel itu juga bersetuju kesalahan itu dilakukan dengan sengaja dan hakim Mahkamah Tinggi telah membuat kesimpulan yang betul bahawa Najib sememangnya pengarah bayangan SRC dan mengawal SRC dan juga menunjukkan bahawa pengarah dilantik oleh Najib dan beliau menandatangani surat pelantikan mereka.

Namun, ketiga-tiga hakim sebulat suara memutuskan untuk menggantung sabitan semua kesalahan Najib sementara menunggu keputusan Mahkamah Persekutuan nanti.

Menurut Peguam Kanan, Mohamed Haniff Khatri Abdulla, keputusan itu memberikan implikasi besar termasuk Ahli Parlimen Pekan itu boleh menjadi calon jika Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) diadakan dalam masa terdekat.

Dalam pada itu, Najib sekali tidak akan mengalah dan memaklumkan beliau telah mengarahkan pasukan peguam belanya memfailkan rayuan kes ke Mahkamah Persekutuan dengan segera.

Beliau yang kecewa dengan keputusan Mahkamah Rayuan itu mengulangi bahawa tidak tahu dan tidak meminta wang RM42 juta itu dipindahkan ke akaun peribadinya.

Najib terus berjuang, tidak sesekali akan mengalah


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


PrnSarawak: Antara BN dan PN, Nampakkan Parti Mana Yang Lebih Jujur?

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker