Konsep Gabungan Politik PN Cukup Longgar – Shahrir

Konsep Gabungan Politik PN Cukup Longgar – Shahrir

Konsep politik gabungan dalam Perikatan Nasional (PN) dilihat cukup longgar apabila dua rakan sekutu masing-masing bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak.

Ketua UMNO Johor Bahru, Tan Sri Shahrir Samad berkata sungguhpun PN secara rasmi tidak bertanding di PRN Sarawak tapi ahli gabungannya, Pas dan seorang timbalan menteri daripada PPBM bertanding bebas.



Menurut beliau walaupun Gabungan Parti Sarawak (GPS), tidak menyertai PN namun menyertai kerajaan pimpinan Tan Sri Mahiaddin Yassin selepas ‘peristiwa Sheraton’.

“GPS, gabungan parti-parti politik negeri Sarawak, sama seperti BN (Barisan Nasional), enggan menyertai PN semata-mata bagi memenuhi idaman ‘Grand Coalition’ TS (Tan Sri) Mahiaddin. Tapi menyokong dan menyertai kerajaan pimpinannya sejurus perpecahan PH (Pakatan Harapan) akibat ‘Langkah Sheraton’.

“Sungguhpun PN secara rasmi tidak bertanding di PRN Sarawak tapi ahli gabungannya, Pas, meletakkan calonnya dan kali ini mengguna lambang partinya.

“Manakala Ali Biju, seorang timbalan menteri PPBM, bertanding sebagai calon bebas di kawasannya sendiri. Semuanya kerana menyahut ‘kehendak akar umbi’ dan bukan berpandu kepada prinsip berpolitik,” katanya menerusi catatan di Facebook.



Secara sinis Tan Sri Samad turut melihat PN luar biasa dengan konsep politik gabungan yang longgar.

“Luar biasa betul PN ini. Di luar biasa-biasa sahaja kerana dipimpin oleh seorang bertaraf ‘Abah’ yang sayang kepada kuasa dan kedudukan lebih kepada GPS.

“Bukankah tanpa mereka, tidak merasa pun Tan Sri Mahiaddin jadi PM (Perdana Menteri) hingga mengiktiraf diri sendiri sebagai seorang ‘Bapa’ atau ‘Abah’. Kot kat Malaya je terpakainya sifat ‘Abah’ tu. Hati-hatilah berkawan dengan PN,” ujarnya. Umno Online

Konsep Gabungan Politik PN Cukup Longgar – Shahrir




Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU</a


Tarikh Pengumuman Kadar Jumlah Bonus Dan Dividen ASB 2021



Tolak cinta, kereta dibakar [VIDEO]

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker