Wanita dipercayai alami ‘halusinasi’ di atas pokok akhirnya diselamatkan
Wanita dipercayai alami ‘halusinasi’ di atas pokok akhirnya diselamatkan
JELI: Seorang wanita berusia 51 tahun terpaksa diselamatkan melalui khidmat khas Jabatan Bomba dan Penyelamat Jeli selepas dipercayai dalam keadaan berhalusinasi dan tidak dapat turun dari sebatang pokok di Kampung Lubok Dulang, Ayer Lanas, pada pagi Rabu.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Jeli, Penolong Penguasa Bomba, Mohd Adni Ibrahim ketika dihubungi Astro AWANI memaklumkan, mangsa tidak dapat turun dari pokok yang ketinggiannya lebih 30 kaki (9.1 meter).
Jelasnya, dalam kejadian sekitar jam 9.30 pagi itu, ahli keluarga mangsa telah menghubungi talian kecemasan untuk memaklumkan mengenai kejadian berkenaan.
Pihaknya bersama sembilan anggota melakukan tindakan penyelamatan menggunakan tangga dan peralatan keselamatan untuk membawa turun wanita itu.
Mangsa berjaya dibawa turun dan diserahkan kepada ahli keluarga.
Menurut Adni lagi, mangsa dipercayai dalam keadaan separuh sedar dan sedang dalam aksi ‘memanggil-manggil’ ketika berada di atas pokok berkenaan. Awani
Wanita dipercayai alami ‘halusinasi’ di atas pokok akhirnya diselamatkan
Baca Artikel Menarik :
- Saya bersumpah atas nama Allah – Najib
- Pasukan Khas siasat buku Tommy Thomas
- Drama bertama gay, keluarga Danish serah pada peguam
- Di Malaysia pecah rumah, di Indonesia rompak bank
- Dah macam budak suruhan PPBM
- Kanser Elyana sudah hilang
- Pembunuhan karakter bukan pembunuh biasa-biasa
- Sikap Pas akan memenangkan UMNO
- Ahmad Fadhli, belajarlah hormati UMNO
- Abang polis pun kena (Video)
- Juruterbang rakam kelibat 12 UFO
Layari Laman Facebook MYKMU</a
You must be logged in to post a comment.