Saya tak cakap saya bagus – Mas Idayu

Saya tak cakap saya bagus – Mas Idayu

Penyanyi, Mas Idayu percaya pengalaman yang dikumpul lebih 30 tahun dalam industri seni merupakan antara faktor yang melayakkan dia dipilih sebagai juri program nyanyian dalam dan luar negara.

Justeru, juri program Famili Duo musim ke-3 itu tidak sedikit pun terkesan dengan tindakan netizen yang mempersoalkan kelayakannya menjadi juri atau commentator.

“Saya tak pernah cakap saya bagus. Tapi saya ada pengalaman yang menarik, dari awal pembabitan saya dalam dunia seni sampai sekarang.

“Saya sudah melakukan banyak persembahan. Itu antara pengalaman yang saya pegang.

“Mereka yang mengecam dan mempersoalkan kelayakan saya sebagai juri tidak faham perkara itu. Mungkin kerana mereka tidak mengendalikan program televisyen,” katanya yang ditemui pada sidang media Famili Duo musim ke-3, baru-baru ini.

Mas Idayu, yang terkenal dengan panggilan Mummy pernah diangkat sebagai Ratu Gelek tempatan. Dia telah menerbitkan tujuh buah album antara tahun 1992 hingga 2008.

Selain itu, pemilik nama penuh Masidayu Mesnun itu juga sering menjadi pilihan stesen televisyen untuk menjadi juri program nyanyian antaranya Vokal musim kedua, Lagu Cinta Kita musim kedua dan ketiga, Mic ON! serta Dangdut Academy Asia antara tahun 2015 hingga 2019.

Dalam pada itu, penyanyi yang berasal dari Kota Tinggi, Johor ini juga berharap netizen mengkaji terlebih dahulu sebelum menghentam dan mempersoalkan kedudukannya sebagai juri.

“Mungkin mereka tak kenal saya sejak awal pembabitan saya dalam industri seni. Jadi, kaji dahulu sebelum menghentam,” kongsinya. Utusan

Saya tak cakap saya bagus – Mas Idayu

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Misha Omar buat Hannah Yeoh gelabah

Bekas staf ‘terpacak’ depan kilang, anak makcik Kemboja pula tak muncul (Video)

Tersingkir dari FD3, kifarah Shila bergaduh dengan ibu?

Amylea kini isteri abang Bomba

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker