Guru tanggung hutang RM200,000 selepas ditipu Macau Scam

MELAKA: Seorang guru wanita terpaksa menanggung bebanan hutang bank selepas ditipu hampir RM200,000 oleh sindiket Macau Scam, bulan lalu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Melaka, Superintenden E. Sundra Rajan berkata, kejadian berlaku apabila mangsa berusia 50 tahun itu menerima panggilan daripada suspek yang menyamar sebagai ejen insurans.

Katanya, mangsa dihubungi pada 10 Oktober dan dimaklumkan telah membuat tuntutan insurans sebanyak empat kali dengan jumlah RM76,800.



“Mangsa kemudian menafikan perkara tersebut, namun, panggilan disambungkan kepada individu lain menyamar sebagai polis dari Balai Polis Pudu dan mendakwa mangsa terlibat dalam aktiviti pengubahan wang haram sebanyak RM2.8 juta.

“Sindiket ini kemudian menakutkan mangsa dengan memberitahu dia akan didakwa di Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu, Sabah dan diminta membuat wang jaminan sebanyak RM568,000,” katanya dalam kenyataan akbar hari ini.

Ujarnya, disebabkan mangsa tidak mempunyai wang jaminan tersebut, guru wanita itu telah membuat pinjaman dengan Bank Islam sebanyak RM300,000 dan Bank Simpanan Nasional (BSN) berjumlah RM80,888.

“Pada 12 November lalu, mangsa menerima panggilan daripada suspek menyamar sebagai polis menyuruhnya menukarkan nombor telefon kad bank Islam kepada nombor diberikan.



“Mangsa juga diarahkan memindahkan wang dalam akaun BSN ke Bank Islam dan tanpa berasa curiga wanita itu telah mengikut arahan tersebut,” katanya.

Tambahnya, suspek kemudian menyuruh mangsa membuat pinjaman dengan pihak AEON, namun, mangsa tidak mengikutinya kerana mula berasa curiga.

“Mangsa kemudian membuat semakan akaun Bank Islamnya dan mendapati terdapat pengeluaran sebanyak RM199,111.61.

“Dia yang berasa tertipu kemudian telah membuat laporan polis di Balai Polis Tiang Dua, semalam,” katanya.



Sundra berkata, siasatan sedang diteruskan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu.  -UTUSAN ONLINE

Guru tanggung hutang RM200,000 selepas ditipu Macau Scam


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET




Remaja maut tak sempat ambil gaji

 



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker