Pegawai kanan polis mengamuk, cederakan anggota
Pegawai kanan polis mengamuk, cederakan anggota
Georgetown: Pegawai kanan polis ditahan selepas mengamuk, membuat bising dan mencederakan anggota polis dalam kejadian di Lebuh Queen di sini, hari ini.
Difahamkan, pegawai dari Pasukan Gerakan Am (PGA) di Perak itu dikatakan membuat bising di hadapan hotel pada 1.40 pagi.
Lelaki yang cuba ditenangkan anggota polis yang ke tempat kejadian kemudiannya bertindak agresif dan cuba menyerang anggota berkenaan.
Menurut sumber, anggota polis berpangkat Lans Koperal mengalami kecederaan pada kaki, manakala seorang Koperal pula cedera di tangan selepas diserang lelaki itu dalam kejadian terbabit.
Lelaki berusia 35 tahun itu kemudiannya ditahan sebelum dibawa ke balai polis untuk tindakan selanjutnya.
Terdahulu, beberapa video mengenai suspek tular menerusi aplikasi WhatsApp.
Lelaki berbaju warna hitam serta berseluar panjang itu dikatakan berada dalam keadaan mabuk selain kaki kanannya didapati berbalut dirakam mengeluarkan kata-kata kesat di lokasi terbabit. HM
Pegawai kanan polis mengamuk, cederakan anggota
Baca Artikel Menarik :
- Sharifah Shahira kena kecam kerana Mail JDT
- Emma Maembong masih berkawan dengan bekas kekasih
- Permohonan Najib masukkan bukti baharu didengar 7 Disember
- Jangkitan semula akibat Omicron 3 kali ganda – Penyelidik
- Fatia artis global TikTok pertama dari Malaysia
- Siang bawa mayat, malam angkut sampah
- Penternak ayam ‘selesa’, peniaga yang tersepit
- Muafakat Nasional, 191 bahagian UMNO akan putuskan
- Pemandu lori tikam bapa selepas terdengar bisikan
- Datuk Paiman akhirnya ke penjara 13 tahun
- Orang ramai sah perlu divaksin setiap tahun-CEO Pfizer
Layari Laman Facebook MYKMU
You must be logged in to post a comment.