Allahyarham Sabbaruddin Chik banyak jasa kepada negara – Najib

Allahyarham Sabbaruddin Chik banyak jasa kepada negara – Najib

Datuk Seri Najib Razak merakamkan ucapan takziah kepada keluarga Allahyarham Tan Sri Sabbaruddin Chik yang meninggal dunia sekitar 8 malam tadi.

Menurut Najib, Allahyarham mempunyai banyak jasa kepada negara dan menyifatkan Sabbaruddin adalah seorang yang amat arif dan berpengalaman.



“Dapat berita sedih mengenai pemergian bekas Menteri Kebudayaan, Kesenian dan Pelancongan, Tan Sri Sabbaruddin Chik.

“Pernah berkhidmat bersama-sama di Kabinet pada satu ketika dahulu.

“Allahyarham juga pernah bersama di kepimpinan tinggi UMNO sebagai Setiausaha Agung.

“Seorang yang amat arif dan berpengalaman dalam pentadbiran kerajaan dan dunia korporat,” ucap Najib di Facebooknya hari ini.



Bekas Menteri Kebudayaan, Kesenian dan Pelancongan itu menghembuskan nafas terakhirnya di di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM).

Allahyarham menjadi Menteri Kebudayaan, Kesenian dan Pelancongan dari tahun 1987 hingga 1996.

Allahyarham memulakan karier politiknya selepas bertanding di Parlimen Temerloh dan memegang kerusi itu dari tahun 1982 hingga 1999. MG

Allahyarham Sabbaruddin Chik banyak jasa kepada negara – Najib




Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU

‘Mejar Shuhada’ perdaya mangsa, liwat mangsa lelaki

Aksi Polis Serbu Geng Motosikal Di Stesen Minyak (video)



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker