Jual servis jadi teman meluah perasaan

Jual servis jadi teman meluah perasaan

Jika sebelum ini ada yang menjual lukisan hodoh di platform e-dagang, kini ada pula yang menjual servis menjadi teman meluahkan perasaan.

Servis itu dikenakan serendah 50 sen untuk anda mendapat balasan komen positif selepas meluahkan perasaan.



Menerusi sebuah ciapan di Twitter, seorang pengguna @BaqirNajh seolah-olah terkejut dengan perkhidmatan tersebut yang turut ditawarkan melalui platform berkenaan.

“Tak ada produk nak jual? jual servis macam ini,” ciapnya.

Menurut pengguna lain @GRLSH3QD berkata, perkhidmatan itu boleh dicuba dalam meluahkan perasaan dan mereka sanggup untuk meminjamkan telinga sebagai pendengar setia.

Lebih menariknya, terdapat pelanggan yang telah mendapatkan perkhidmatan itu dengan meninggalkan komen yang positif serta berpuas hati dengan layanan diberi oleh penjual.



“Layanan sangat terbaik. Dia (penjual) sangat sabar dan memahami situasi saya serta amat membantu menyelesaikan masalah yang dihadapi. Saya berpuas hati dan terima kasih,” kata @j****r

“Memang betul perkhidmatan ini dia mendengar luahan kita, kalau mesej di ruangan komen, dalam beberapa minit dia akan balas,” kata @mccencen. K Online

Jual servis jadi teman meluah perasaan


Baca Artikel Menarik :



Layari Laman Facebook MYKMU

‘Mejar Shuhada’ perdaya mangsa, liwat mangsa lelaki

Aksi Polis Serbu Geng Motosikal Di Stesen Minyak (video)



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker