Ketahui 7 Fakta Tentang Perangai & Perwatakan Anak Bongsu Anda

Ketahui 7 Fakta Tentang Perangai & Perwatakan Anak Bongsu Anda

“Kalau sebut tentang anak manja, mesti terbayang kelebihan anak bongsu. Tapi, bukan semua mahu dilayan begitu. Siapa tak terasa bila pendapat kita tak pernah diambil serius. Mereka anggap aku ini ‘budak kecik’ lagi padahal aku dah dewasa.”

Siapa kata jadi anak bongsu itu mudah? Memang orang selalu war-warkan kelebihan anak bongsu yang dianggap manja, diikutkan semua kemahuan mereka, dan tak pernah dimarahi. Dalam sesetengah hal, tentulah ada benarnya.

Namun, hakikatnya anak bongsu itu sukar untuk keluar dari ‘kepompong’ untuk dianggap sebagai seorang yang mampu membuat keputusan sendiri. Bagi sesiapa yang menjadi anak bongsu dalam keluarga, tentu anda pernah terasa hati dengan 7 perkara ini.

tips didik anak

Foto Kredit: voiceofsandiego.org

7 RINTIHAN ANAK BONGSU YANG JARANG KITA PEDULI

Walaupun kelebihan anak bongsu dianggap tak terkira banyaknya, ada rintihan mereka yang kurang didengari. Ia juga meninggalkan impak besar kepada mereka apabila semakin dewasa.

1. TERPAKSA DENGAR CAKAP SEMUA ORANG

Betullah, memang anak bongsu dapat semua perhatian. Tapi, perhatian itu bukanlah seronok jika ianya melampau dan berlebih-lebihan

Apabila semua gerak-geri kita sentiasa diperhatikan, tentu ianya merimaskan. Malah, anda bukan saja kena dengar cakap ibu bapa, tetapi juga abang dan kakak!

kelebihan anak bongsu

Foto Kredit: madten.com

2. TETAP DIANGGAP ‘BUDAK-BUDAK’ WALAUPUN SUDAH BESAR

Sebagai anak bongsu, ramailah yang akan menasihati si kecil ini dalam setiap perkara hingga mereka berasa selesa untuk ‘dikawal’ dan tak tahu buat keputusan sendiri. Begitulah yang diakui oleh Michael Grose, penulis buku Why First-borns Rule The World And Last-borns Want To Change It.

Susah meyakinkan orang lain tentang idea atau pendapat mereka, terutamanya apabila ianya berbeza daripada apa yang abang atau kakak selalu buat sebelum ini.

Bila nak berdikari dan belajar hidup sendiri, selalunya akan dibantah dan dipujuk. “Buat apa nak membazir? Duduk sajalah dengan Mak dan Ayah, kan senang.” kata mereka.

Foto Kredit: biv.com

Foto Kredit: biv.com

3. SERING DIBANDING-BANDINGKAN DENGAN ABANG & KAKAK

Bukannya senang nak meneruskan legasi atau reputasi abang dan kakak yang cemerlang dalam pelajaran. Kerja pun semuanya bagus-bagus. Menurut laman web Psychologies, sebab itulah anak bongsu lebih cenderung untuk memilih haluan yang jauh berbeza daripada abang dan kakak mereka.

Semasa belajr lagi, mereka sudah mula rasa tertekan untuk mengikut jejak langkah abang dan kakak. Lebih teruk lagi kalau abang dan kakak pernah diajar oleh guru yang sama. Kalau buat silap, mesti ada cikgu yang akan mula membuka cerita betapa handalnya abang dan kakak semasa belajar di sekolah itu dahulu. Perkara ini menjadikan mereka rendah diri dan semakin stres.

sikap ibu bapa

Foto Kredit: imujer.com

4. SERING DIPINGGIRKAN

Semasa kecil, mungkin ibu bapa jarang memberi tugasan kepada anak bongsu. Kalau yang sulung ditugaskan menolong ibu di dapur, si bongsu cuma disuruh ‘main jauh-jauh’ dan jangan mengganggu.

Walaupun ini dilihat sebagai kelebihan anak bongsu, tetapi ia tidak sepatutnya berterusan kerana ia hanya akan merugikan si anak.

Mereka perlu diajar untuk memikul tanggungjawab juga supaya lebih mudah membawa diri apabila dewasa.

Foto Kredit: polki.pl

Foto Kredit: polki.pl

5. KURANG DIRAIKAN BERBANDING ADIK-BERADIK LAIN

Anak sulung diraikan apabila mereka mula pandai berjalan, boleh membaca, hari pertama ke sekolah, atau universiti. Tapi, bila dah masuk anak bongsu, mungkin ia sudah tak ada apa-apa lagi yang nak dihairankan.

Barangkali ibu bapa tak perasan bagaimana mereka menjadi kurang ‘excited’ untuk meraikan setiap ‘milestone’ yang dicapai oleh anak bongsu berbanding dengan anak sulung.Jika anak masih kecil, mungkin mereka belum faham. Tapi apabila anak sudah mula bersekolah, mereka tentu akan terasa hati juga.

Foto Kredit: babyclub.asda.com

Foto Kredit: babyclub.asda.com

6. ‘RELA’ MENGALAH, JADI YANG TERAKHIR

Hampir dalam setiap hal, kita kena tunggu giliran dan dahulukan kakak atau abang. Dalam masyarakat kita, masih ada lagi yang percaya tentang ‘langkah bendul’ apabila adik mendahului kakak dalam soal perkahwinan.

Ada yang tak dapat menerima hakikat dan terasa hati jika anak bongsu sanggup ‘melukakan’ hati dan ‘menjatuhkan’ martabat kakak mereka.

Tentu ada saja perdebatan dan mungkin menyebabkan pergaduhan yang berpanjangan. Sedangkan, soal jodoh bukan sesuatu yang kita tetapkan. Sebaliknya, Islam mengajarkan kasih sayang, toleransi dan menggalakkan umatnya menjaga perasaan sesama insan.

7. SELALU ‘WARISI’ BARANG ABANG & KAKAK

Bukanlah nak berkira sangat, tapi anak bongsu selalu di‘waris’kan barangan milik abang dan kakaknya walaupun mereka tidak menyukainya. Contoh yang selalu dilihat adalah pakaian. Semasa kecil mungkin ramai yang tak kisah kerana masih belum pandai berfesyen. Tapi, bila umur dah mula meningkat, masing-masing mempunyai citarasa sendiri dan tak mahu ‘dibayangi’ oleh identiti kakak atau abang mereka.

Yang murah pun tak mengapa, asalkan dapat pilih sendiri. Seronok juga kalau dapat barang baru sekali-sekala, bukan?

kelebihan anak bongsu

Foto Kredit: littleteddy.com.ua

APA KATA PSIKOLOGI?

Tahukah anda, terdapat banyak kajian sains dan psikologi yang telah dibincangkan tentang personaliti dan kelebihan anak bongsu. Walaupun ia turut bergantung kepada latar belakang keluarga dan persekitaran, mereka menemui beberapa corak yang serupa dalam personaliti anak bongsu.

Alfred Adler, seorang ahli psikologi terkenal menyimpulkan bahawa kebanyakannya mereka mempunyai karakter seperti ini:

  • bijak bersosial
  • kreatif
  • terbiasa mengharapkan pertolongan orang lain
  • suka mengambil risiko

Jika dibandingkan dengan anak sulung, mereka juga mungkin kurang ‘menyinar’ dari segi akademik. Namun, mereka biasanya memiliki ‘magnet’ tarikan semulajadi dan selesa menjadi perhatian ramai. Menurut fakta yang dinyatakan oleh laman web Families.com, tidak hairanlah kebanyakan pelakon, penyanyi, dan penghibur kebanyakannya terdiri daripada anak bongsu.

4 orang anak

Foto Kredit: okichas.com

KELEBIHAN ANAK BONGSU SEBAGAI PENYERI

Suka atau tidak, adik bongsu inilah yang menjadi penyeri dalam keluarga. Merekalah yang selalu menceriakan dan menaikkan ‘mood’ dalam setiap keadaan, bukan?

Pada masa yang sama, si bongsu inilah yang menjaga Mak Ayah bila abang dan kakak sudah berkeluarga dan sibuk dengan urusan sendiri.

Sebagai ibu bapa, janganlah terlalu ‘melindungi’ anak bongsu seumur hidup mereka. Raikan pendapat mereka dan cuba pelajari perkara baru daripada mereka agar mereka juga rasa didengari serta mampu bertanggungjawab ke atas diri sendiri dan seluruh keluarga.-SL

Ketahui 7 Fakta Tentang Perangai & Perwatakan Anak Bongsu Anda

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU</a


Selepas siakap dan sotong kini muncul pula ‘Roti Canai Kayangan’ di Langkawi

Perbualan WhatsApp bersama ‘awek’ terdedah ketika sesi pembentangan kuliah [VIDEO]

Mampu Tiru Enam Bunyi Enjin Kereta 100% Real (Video)

Related Articles

Leave a Reply

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker