Ancaman Omicron, negara perlu bersedia!

PETALING JAYA: Wabak Covid-19 varian Omicron didakwa boleh melemahkan antibodi individu walaupun yang telah menerima vaksin lengkap.

Bercakap kepada Utusan Malaysia, Pakar Kesihatan Komuniti Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof. Dr. Sharifa Ezat Wan Puteh berkata, data membuktikan varian baharu itu lebih mudah untuk berjangkit kepada orang ramai.

“Varian Omicron mendatangkan kebimbangan memandangkan ia boleh melemahkan antibodi mereka yang sudah menerima vaksin walaupun kita tidak tahu berapa peratus antibodi yang berkurangan.

“Membaca data yang dikeluarkan, varian baru ini 50 kali ganda lebih mudah berjangkit kepada orang ramai. Itu juga menjadi punca kes di Afrika meningkat dengan mendadak iaitu sehingga 10 kali ganda.

“Memandangkan pembukaan sempadan dan varian itu juga semakin menghampiri Malaysia, kita tidak boleh menolak ancaman varian tersebut,” katanya ketika dihubungi semalam.

Sharifa Ezat mencadangkan supaya kuarantin wajib 14 hari bagi pengembara dilaksanakan semula dan kawalan di sempadan negara turut diperketatkan selain mempercepatkan proses pengambilan dos penggalak untuk semua lapisan masyarakat.

Varian baharu itu mempunyai 32 mutasi protein pepaku, dua kali ganda lebih banyak berbanding Delta, dilaporkan di Botswana pada 11 November lalu, sebelum dikesan di Afrika Selatan pada 14 November dan Hong Kong, kelmarin membabitkan individu mempunyai sejarah melawat Afrika Selatan.

Omicron yang pertama kali dikesan di Afrika Selatan kini berada berada dalam kategori varian Covid-19 paling membimbangkan bersama Delta, Alpha, Beta dan Gamma.

Walau bagaimanapun, Pengarah Pusat Penyelidikan dan Pendidikan Penyakit Berjangkit Tropika (TIDREC) Universiti Malaya (UM), Prof. Dr. Sazaly Abu Bakar berkata, buat masa ini semua tidak perlu panik tanpa berdasarkan kajian yang menyeluruh.

“Pada masa sekarang, data ataupun laporan yang diterima adalah daripada media massa namun bukannya daripada pusat kajian dunia mana-mana. Oleh itu, seeloknya semua pihak bertenang bagi memastikan persiapan menghadapi varian itu dibuat sekiranya ia menembusi sempadan negara.

“Kita perlu ingat dan sentiasa patuh dengan apa yang telah kita pelajari hampir dua tahun hidup bersama Covid-19. Prosedur operasi standard (SOP) seperti pemakaian topeng muka, cuci tangan dan elakkan tempat sesak harus terus diguna pakai,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Ancaman Omicron, negara perlu bersedia!


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Peralihan ke fasa endemik ditangguh akibat varian Omicron

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker