Amanat Mamat Khalid akan ditunaikan Amen sebaik mungkin

Amanat Mamat Khalid akan ditunaikan Amen sebaik mungkin

“Selalunya saya duduk di kerusi pengarah menemani papa, kali ini saya keseorangan. Tipulah jika tidak sedih. Bila bersendirian di depan monitor, menitik juga air mata.”

Demikian kata anak Allahyarham Mamat Khalid, Mohd Khalid Amen, 25, yang berkongsi pengalaman pertamanya menggalas tanggungjawab sebagai pengarah untuk telefilem Kampung Pisang Berbuah Dua Kali.

Pemergian Allahyarham bukan saja memberi impak terhadap keluarga, tetapi seluruh produksi turut merasai kehilangan pengarah tersohor itu.

“Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar dan saya berterima kasih kepada semua pihak yang menjayakan Kampung Pisang Berbuah Dua Kali ini. Sukar untuk saya ungkapkan debaran membawa tanggungjawab ini.

“Mustahil tiada rintangan sepanjang penggambaran, namun saya tidak menganggapnya sebagai membebankan, sebaliknya menjadikan saya lebih bersemangat untuk memberikan yang terbaik.

“Apatah lagi, saya baru saja berusia 25 tahun hendak mengarah mereka yang ‘otai’, namun ini adalah amanat terakhir papa dan saya berusaha sebaik mungkin untuk menghabiskannya,” katanya kepada Harian Metro.

Antara barisan pelakon berpengalaman yang menjayakan telefilem berkenaan ialah Aziz M Osman, Kazar, Bell Ngasri, Ahmad Ibrahim (Mat London), Joey Daud, Datin Paduka Eina Azman dan ramai lagi.

Kampung Pisang Berbuah Dua Kali sepatutnya diarahkan Mamat, namun tidak kesampaian apabila dia meninggal dunia hujung bulan lalu.

Amen nekad menyambung legasi dan projek filem membabitkan bapa mereka yang belum selesai.

Menurut Amen, dia bersama abang-abangnya tidak mahu legasi Allahyarham bapa mereka terkubur begitu saja.

“Langkah pertama adalah dengan menonton karya arwah dari yang pertama sehingga terakhir. Ia akan dijadikan sumber rujukan buat saya.

“Saya masih hijau dalam bidang pengarahan dan saya harap penggemar filem tempatan tidak membandingkan saya dengan arwah bapa. Beliau adalah legenda, saya bukan siapa-siapa,” katanya.

Amen berkata, dia bersyukur apabila Allahyarham ada sedikit-sebanyak mengajar dan memberi pendedahan kepadanya dalam bidang perfileman. HM

Amanat Mamat Khalid akan ditunaikan Amen sebaik mungkin


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU

Selepas siakap dan sotong kini muncul pula ‘Roti Canai Kayangan’ di Langkawi

Mampu Tiru Enam Bunyi Enjin Kereta 100% Real (Video)

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker